hari ini aku dapat email dari pihak penyedia hosting mengatakan bahawa terdapat masalah IP (dari pihak TMNet) yang menyebabkan akses ke server dari kebanyakan tempat diluar negara bermasalah (perlahan). Rupa-rupanya masalah ini telah pun belaku sejak dari 31hb Januari yg lepas. patutlah income adsense aku jatuh teruk sampai 80% ! Damn!! sebab kebanyakan trafik ke website aku datangnya dari luar negara…
mula-mulanya aku menjangkakan website-website aku tu dah hilang ’sengat’ nya dan perlukan promosi lagi.. aku dahpun merangka beberapa strategi lain untuk meningkatkan semula trafik. bila dapat tau masalah sebenar datangnya dari pihak hosting, atau lebih tepat dari pihak TMnet, terus aku tak jadi nak buat promosi. yer la, buat ape kalau promote tapi visitor takleh masuk website ye tak?

damn! memang kacau betul la masalah ni… dalam masa dua tiga hari ni aku dah kehilangan beberapa ratus disebabkan masalah ni… kalau boleh claim jugak takpe la… ni tak, dia orang cuma cakap “kesulitan amatlah dikesali”… tensen tol la..
mungkin aku kene pindah hosting luar negara lah pulak lepas ni… ada sesapa yg hadapi masalah yg sama cam aku?
Comments RSS TrackBack Identifier URI
Leave a comment





3 Comments