Aku memulakan minggu pertama ramadhan kali ini dengan cara yang paling tidak best sekali. Semalam, seperti biasa aku melalui jalan LDP untuk menuju ke tempat kerja.. selepas membayar toll RM1.60 di toll puchong aku terus menghimpit ke lorong paling kanan sekali. Tiba di jambatan, tiba-tiba kereta dihadapan membuat emergency break. Mujur jarak antara kereta aku dengan kereta dihadapan agak jauh, dibantu pula dengan sistem ABS (Anti-Lock Braking System) aku berjaya menghentikan kenderaan pada jarak yang selamat. Namun, sejurus selepas itu aku terdengar bunyi kereta membreak dibelakang. Belum sempat aku menoleh, BAANNG!!! Sebuah kereta Iswara warna merah telahpun melanggar belakang kereta aku… ciss…!!

Aku menghidupkan lampu kecemasan dan terus keluar kereta. Kereta iswara merah yang melanggar kereta aku dipandu oleh seorang ‘amoi’. Mula-mula aku tengok dia macam takut-takut nak turun.. selepas melihat kenderaan masing-masing, dia bersetuju untuk membuat report polis. Mujur insurans, road tax dan lesen aku baru saja dihidupkan bulan lepas.. heheheh

Aku bercadang membuat report polis pada sebelah tengah hari.. terus saja aku ke office.. sampai di office, selepas menyelesaikan urusan, aku terus ke klinik… sememangnya badan aku nie ada rasa lain macam sikit… tiba kat klinik, doktor mengesahkan aku menghidap Chickenpox! ini pastinya menjangkit dari anak aku yang dahpun pulih 2 minggu yang lepas… terus dapat MC sepanjang minggu ni..


No Comments

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a comment