PC Fair @ KLCC
Hari sabtu (semalam) aku gi PC Fair di KL Convention Centre. Saje jalan-jalan untuk tengok produk-produk terkini. Ape yang aku boleh katakan, pc fair kali ni sama je macam yang lepas-lepas… tak banyak benda baru. Yang aku perasan notebook antara produk paling laku setiap kali ada pc fair. Mungkin trend notebook sekarang ni makin popular. Aku pun memang ada niat untuk ‘merembat’ notebook, tapi harga notebook yang aku minat (Sony Vaio TZ) masih lagi diparas yang sama RM7k .. nampaknya aku kene tunggu sampai betul-betul duit aku cukup dulu.. kenapa Sony Vaio TZ jadi pilihan aku? sebab pada aku, penggunaan notebook adalah untuk ‘mobile’ yakni mudah untuk dibawa dan mempunyai ketahanan battery yang tahan lama..dan Sony Vaio TZ mempunyai ciri-ciri yang aku idamkan… (biler la agaknya boleh dapat ?).
Lepas penat jalan di PC fair, aku sambung pulak ke Plaza LowYat .. tujuan aku adalah untuk meng’upgrade’ PC yang dah hampir 2 tahun lebih ni (Pentium D). Setelah beberapa ’round’ di LowYat, aku nekad untuk mengambil sebijik pc baru dengan spesifikasi yang agak tinggi jugak (alang-alang membeli, biar puas hati ! heheh). So, selepas puas berfikir akhirnya aku telah memilih PC dengan spesifikasi berikut :
- Processor : Intel Core 2 Quad Q6600 2.4 Ghz
- Motherboard : Gigabyte S-Series EP35-DS3 (with build in sound card)
- Display : NVidia GeForce 8600 GT - 512Mb ram
- RAM : 2Gb
- Hard Disk : 250Gb
- DVD RW
Ni pun aku baru je selesai setup pc baru ni dan yang paling melecehkan ialah data transfer dan install program-program yang aku perlukan. Disebabkan processor yang bagus dan memory yang agak besar, semuanya berjalan dengan agak pantas dan secara keseluruhannya aku sangat berpuas hati dengan PC baru aku nih.. hopefully ini akan lebih membantu aku dalam projek-projek aku yang akan datang.
GATH WANGCYBER

Owh ya, hari ni (ahad), aku telah meluangkan masa untuk menyertai Gathering forum WangCyber yang bertempat di Bukit Jalil Golf and Country resort. sebelum tu aku dah berjanji dengan Catzer dan ahib untuk menjemput diaorang kat stesen LRT Sri Petaling. Akibat kerosakan train (catzer yang cakap), diaorang sampai lewat.. kira-kira kul 2.30 .. masa tengah tunggu bebudak ni sampai, kebetulan ada sorang mamat ni nak tanya jalan kat aku… la.. rupanya-rupanya geng WC gak, saudara Zahrul yang datang dari Lenggeng, N. Sembilan (den pun oghang neghori yo.. :p) . Masa menunggu catzer dan ahib aku habiskan dengan berborak dengan zahrul yang bakal menerbitkan buku beliau yang berjudul “Rahsia Membina Senjata Jualan” .. (nak tak nak dia kene borak gak ngan aku sebab dia tak tau jalan… hehehhe). Tunggu punya tunggu, akhirnya Catzer dan Ahib pun sampai dalam kul 2.30 … dah setahun lebih rasanya aku tak jumpa si Catzer nih sejak kitaorang keje di PHN Industy Sdn Bhd (sebuah company yang agak hampeh gak la… ahahaha).
Ingatkan kami dah lambat bila sampai di resort tu, tapi rupa-rupanya masih ramai lagi yang lewat dari kami.. sampai je terus register nama dan dapat cendera mata dari WC iaitu T-Shirt wangcyber berwarna hitam, stiker kereta dan beg… cenderamata yang agak cool pada aku.. thanks to Shuth. Sementara menunggu masa majlis bermula, kami lepak-lepak di luar dewan sambil berkenal-kenalan (sebelum ni semuanya kenal di forum WC je..).
Majlis ini agak simple kerana tujuan utamanya untuk menggalakkan ahli-ahli WC membina ‘network’ mereka sendiri. Sesi forum bersama Sabri , Gobala dan Yusry juga agak simple dan terlalu pendek.. namun pada aku untuk permulaan ini, ianya sudah cukup bagus. Tetamu jemputan khas, Dr Irfan Khairi tiba agak lewat. Namun masa 15 minit yang diberikan kepada beliau memang cukup bermakna. Walaupun beliau dalam keadaan sakit tekak, tapi masih semangat memberikan tip-tips yang pada aku sangat ‘cool’ dan membuatkan aku berfikir seperti jutawan.. huhuhuhuhu . Memang ucapan dari Irfan Khairi memberikan impak yang cukup besar pada peserta2 yang hadir hari ni.. semua senyap je masa sesi ucapan beliau… ini adalah kali pertama aku berjumpa Dr Irfan (dan juga IM yang lain), dan pada aku beliau memang layak dijadikan contoh IM malaysia.. dan secara jujurnya, nama Irfan Khairilah yang menyebabkan aku bermula dalam IM ni..
Selepas habis, sesi bergambar diadakan dengan semua peserta.. dan selepas itu pula adalah acara borak-borak ataupun sebenarnya lebih kepada pembinaan networking. Aku berpeluang berborak dengan Gobala, nama yang hanya aku kenal di internet melalui email dan blog beliau. Gobala memang sempoi, dan jenis yang tak lokek ilmu..senang rasanya dapat berbual dengan beliau dan terima kasih juga atas tips-tips yang beliau berikan.. perbualan dengan Gobala membuatkan aku terfikir yang aku juga harus memcuba untuk mengeluarkan produk aku sendiri.. (perancangan dah ada, cuma nak kick-start tu yang lambat sket.. hehehe) .
Ramai juga yang hadir antaranya Yusry jomseminar, Syed Ikhwan (syed agak pendiam sikit, walaupun di YM mmg banyak yang kami bincangkan), Alang, kak-G, kartunis Ubi (mamat ni pun sempoi gak… memang dasar kartunis bak kata alang), noorizam, bro zamani (walaupun berkerusi roda, beliau tetap datang.. resek aku ngan dia), Adly aka labanon (dtg dari kelate), irwan danhill, hasrul, ramai lagi lah… aku pun dah tak ingat… kesimpulannya Gath WC ni memang best sebab dapat kumpulkan mereka-mereka yang mepunyai minat yang sama (IM). Harapan aku gath ini mungkin boleh dijadikan acara tahunan, dan pastinya tahun hadapan kita mungkin memerlukan dewan yang lebih besar kot… :P
kepada kawan-kawan WC yang baru aku kenal secara bersemuka di gath ni, salam perkenalan sekali lagi.. korang lepas ni kene sebut nama aku betul-betul la… carllys = khalis … kalau bersemuka kat mana-mana jangan lupa tegur-tegur. Insyaallah, mungkin kita akan berjumpa lagi lain kali.

masa tengah nak tunggu majlis bermula…

aku bersama Dr Irfan Khairi semasa beliau cuba untuk mendapatkan tips2 dari aku…. eh silap.. masa aku cube nak dapatkan tips-tips dari beliau… hehehehe
[…] terlupa nak ucapkan terima kasih buat teman skandal lama aku Carllys, beb TQ sbb sudi amik aku dan ahib kat stesen LRT Sri Petaling..Ada masa kita borak lagi kutuk […]
Thanks bro, kongsi ilmu pasal problem laptop aku tu…aku ingat bawak pi kedai jer lah..suruh apek tu tenung2 apa yang patut..
salam kenal khalis ![]()
er… tak sangka saya semalam tumpang kereta bro khalis tuan punya blog ni rupanya. hehehe… ye la asyik mai singgah sini tapi tuan umah tak kenai.
Thanks bro tumpangkan. er.. bro khalis macho seh. er.. sopan santun pun ia jugak ![]()
Afzai Afandi, dah try ke apa yang saya cakap hari tuh? kalau tak boleh gak maknanya memang ada masalah dengan hardware dan memang kene bawak kedai ler jawabnyer..heheh
Ahib, hal kecik je tuh.. lagipun bukannyer jauh pun nak tumpangkan ko..
p/s: mentang2 aku dah tumpangkan, baru nak kata aku macho eh? ahahahaha
[…] ngan Alang pun tak sempat nak berbual panjang.. aku ada share sikit pasal gath nie kat blog aku… PC Fair and Gathering WangCyber | SEO Master | Belajar SEO jemput2 la jengok2 blog buruk hamba… __________________ –>SEO Master | Panduan SEO | Adsense […]
[…] (Carrlys) PC Fair and Gathering WangCyber This entry was posted on Sunday, August 3rd, 2008 and is filed under umum. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site. Post-post lain yang menarik untuk dibaca : + No related posts « Irfan Khairi, Mentor Jutawan […]
Carrlys, tahun depan kita paksa Shuth buat gath ni lagi bro….
Kita buat kat tepi pantai pulak ke…ada acara outdoor pulak….he…he..
Farid, elok sangat kalau kita paksa dia…hehehe.. nak buat outdoor tuh mungkin leceh sikit la.. tapi maybe next time bole buat lucky draw ke.. baru la best sket.. hehehe
Mungkin boleh juga buat Mini Gath seperti Majlis Berbuka Puasa untuk ahli forum WC. Tapi, datang awal seawal pukul 4 petang. Cari tempat yang bagus terutama yang menyediakan surau / masjid terdekat. Boleh solat ramai - ramai.
Kalau nak tunggu SHUTH handle, mungkin tak larat dia nak handle semua. Cuma, bila dah bincang objektif dan agenda, baru maklumkan pada dia untuk dapat sokongan dan maklumkan pada forum. Setuju tak?
Ataupun, kita boleh sewa satu corner (warung kecil aja), kumpul barang - barang jualan ahli WC yang didermakan untuk jualan amal kepada umum. Hasilnya boleh didermakan pada anak yatim.
Jom bincang kat forum ![]()
[…] ngan Alang pun tak sempat nak berbual panjang.. aku ada share sikit pasal gath nie kat blog aku… PC Fair and Gathering WangCyber | SEO Master | Belajar SEO jemput2 la jengok2 blog buruk hamba… Mati- mati aku ingat ko nyer pics kartun tu ala-ala ko, […]
[…] berkenalan face to face, yang selama ini tengok muka avatar je. Ada Kak G, Zamri Nanyan, Mawardee, Khalis, Badruzamani, Osman Affan, Shuth, Bagak (Syed jugak rupanya… welcome to the club), Din […]
[…] (Carllys) PC Fair and Gathering WangCyber […]
Warih… awak tongah follow tip2 awal buek blog yg ko kasi tu. Timo kasih. Ni blog den yang first yg tak ponah den buek sobolum ni… apo2 pon timo kasih banyak2 bro. insyaallah kejayaan den bemulo disini…
[…] (Carllys) PC Fair and Gathering WangCyber […]
[…] (Carllys) PC Fair and Gathering WangCyber […]
Comments RSS TrackBack Identifier URI
Leave a comment





18 Comments