monsun biz scam 

Akhir-akhir nih heboh pulak cerita pasal monsun biz . memula aku tak tau gak menatang ape monsun biz nih.. ye la, aku bukan beli paper. baca surat khabar pun online je… dan aku memang tak jeling langsung kat iklan-iklan yang ada walaupun aku sebenarnya adalah pengiklan (adsense) :P … bila aku buat sedikit research baru la aku faham sikit pasal monsun biz nih … well, pada aku diaorg memang pandai memanipulasi keadaan…

Pada pemahaman aku, monsun biz nih menyediakan tapak untuk orang nak berniaga secara online.. konsep dia ala-ala ebay or lelong.com .. so, monsun biz nih akan jual “tapak maya” nih kepada sesapa yang berminat dan owner kepada tapak yang dipanggil lanlord ni pulak nanti kene mencari sesiapa yang berminat untuk menyewa lot-lot maya tuh.. setiap lot disewakan dengan harga RM50 sebulan.. kalau beli 20,000 lot dan semua lot tuh habis disewakan, memang bleh dapat sejuta sebulan… logik kan? huhuhu…

 Logik, memang logik dari segi matematiknya… tapi sesapa yang beli tuh pada aku memang tahap bodo cipan gak la.. ingat senang ke nak carik orang sampai 20 ribu orang penyewa..? dah la website baru bikin, page rank pun takde.. SEO ?? hmmm i don’t think so… sepatutnya jika mereka yang terlibat dalam membina monsun biz ni faham dengan teknik internet marketing, apa yang perlu mereka buat ialah dengan membina kredibiliti website itu sendiri sebelum mereka officially launch..   yang aku pasti, pembeli-pembeli yang menjadi landlord atau tuan tanah maya nih adalah orang-orang yang tak faham dan tidak ada asas bagaimana untuk berniaga di internet… itu aku sangat pasti ! kalau tak percaya, pergilah pada mana-mana forum internet marketing, dan tanya lah mereka-mereka yang arif pasal internet marketing, nescaya mereka akan ketawa berdekah-dekah bila disebutkan pasal konsep monsun biz ni…

 dari monsun biz, lebih baik aku pergi ke ebay atau lelong.com.. kenapa? sebab mereka mempunyai sistem yang cukup baik, boleh dipercayai, dan yang paling penting, website sebegini mempunyai trafik / visitor yang berpotensi besar untuk menjadi ‘buyer’ . dan website seperti lelong.com dan ebay sendiri mengambil masa untuk berada pada tahap sekarang. Oh, kenapalah bangsa aku ni begitu senang untuk diperbodohkan?

bukan tu je, setiap landlord akan diberi perisian bossmailer (nama mcm gempak je) .. bossmailer nih sejenis perisian yang mengumpul email-email dan kemudian menghantar pulak email kepada alamat-alamat yang telah berjaya dicollect tadi. ia mungkin mampu menghantar sehingga berpuluh-puluh ribu email. ini dinamakan e-mail marketing. teknik email marketing memang sangat bagus, tapi…..ada tapinya.. bossmailer sebenarnya adalah SPAMming tools..ya, jelas sekali ialah adalah tools untuk melakukan SPAM.. kenapa? sebab email yang dikumpul melalui perisian tersebut diambil tanpa kebenaran.. dan bila anda menghantar email kepada pemilik email yang telah diambil alamatnya secara tidak sah tadi, bermakna anda telah melakukan SPAMMING !! ini bermakna monsun biz mengajar orang orang kita, bangsa kita sendiri, untuk melakukan spamming… what the hell??? ini jelas sekali tidak beretika.. pulak tu, boleh pulak bagitau yang cara itu sah?? shit !!! jelas sekali mereka ini sanggup memperbodohkan bangsa sendiri hanya untuk kesenangan diri sendiri… bull shit !

Jadi kepada sesiapa yang terbaca akan entry aku kali ini, sila la sampaikan maklumat ini kepada orang lain.. jangan kita ditipu.. kesimpulan aku, monsun biz = SCAM & SPAMMER !

p/s : maaf, post kali ini agak sedikit beremosi… :P


48 Comments

By mr.eims on April 18, 2008

Aku setuju ngan ko pasal website tu.. Monsun biz kalau betul nak buat supermarket internet sepatutnya web dia lah yang kena gah sekali..Mangkuknye monsunbiz kalu nak soh org bli lot di supermarket dia tapi supermarket pun nampak cam nak roboh esok lusa.. =P

tapi pasal penyewa tu aku dapat tahu yang TEKUN akan tolong usahawan kecil2 di malaysia. Di bawah TEKUN saja dah ada berapa banyak peniaga kecil. & Plan TEKUN akan datang ialah untuk meletakkan syarat kepada peniaga kecil2 ini untuk menyewa lot di monsun biz. Monsun biz di backup oleh TEKUN. sebab tu aku tak berani cakap lagi betul ke tidak monsun biz ni scam.

heheh..emo emo jugak..tapi agak agak lah jugak.. ;p

By carllys on April 18, 2008

kebanyakan badan atau organisasi besar kat malaysia nie bukan faham sangat konsep perniagaan internet sebenar. orang TEKUN pun konfirm tak faham fasal internet business. sebab tu diaorg dpt pertolongan dari TEKUN nih.

andaikata TEKUN faham, aku pasti monsun biz takkan dapat support dari TEKUN, percayalah.

p/s : emo, tapi bertempat .

By abdfatah on April 18, 2008

apo hal? saya nak jugak… cuma nak mintak bantuan dari tekun aje laa 100,000 atas nama ict biz… okeh jugak tu dari duk perabiskan duit rakyat begitu aje…

ict biz laaa namanya…

celik minda bukak bijik mata…

By abdfatah on April 19, 2008

hang apsal ngan keyword monsun biz tu. laju kemain nampaknya merankingkan monsun. website monsun tak potong lagi tu… mau tiptop lagi tu…. hahaha…

By mr.eims on April 21, 2008

Hurm..insyaAllah ok gak kot..aku pun tak tau lah..tapi benda nie kalu jadi, sumeorang sokong. mesti best coz aku tengok idea derang tu mmg gempak gle r..bukan benda murah yg dia tawarkan.

heheh..tu la..keyword tgh meletop skrg nie.. =P

By kaya2u on April 29, 2008

huh.. masalahnya yg masuk semua yg buta IT.. huhu.. yang celik IT kompem tak masuk..
iklan kat tv, radio.. makcik pakcik yg xtau apa.. jd ler mangsa masuk benda alah tuh…

By jo on May 5, 2008

apa kecoh2 ni….jgn fikir shj….dengar dr pengalaman sy….sy dah masuk 2 bulan benda ni….i pun x caya sebulan duit i masuk 25k….mcm mimpi…tapi dah realiti….now dah kuar honda civic baru i..alhamdulillah….

By carllys on May 5, 2008

jo, aku pedulik hape ko dpt 25k ke 250k ke dari situ.. merompak pun bleh dpt 25 juta hape..

apa yang aku nak tekankan ialah pendekatan dan teknik yang digunakan tidak betul dan tidak beretika sama sekali.

By minahleter on May 7, 2008

munson-biz? huh, penipu!! aku dh join pun munsun-biz ni, ngan kompeni MIRSB. di ulang, MIRSB. lesap duit aku 10k. janji mcm², boleh kaya raya lah, jutawan lah, itulah, ini lah. pengusaha munson-biz ni bukan kaya sebab sistem yg dorang tawarkan tpi kaya sebab menipu duit org. termasuklah duit aku. sistem yg dorang tawarkan tak berfungsi mcm yg dijanjikan. hampeh!! bila mintak refund duit, mcm2 alasan dorang bagi. sedangkan masa aku serah duit 10k tu xde pun sign mou apa2 menandakan duit tak boleh direfund. memang penipu lah!!

By joyah on May 7, 2008

skrng ni ada sykt lain yg ikut ala-ala monsun-biz ni, aku agak salah satu sbb nya ialah dia org blh buat duit & cepat kaya dgn cara ni, dia org peduli apa kalau org mcm minahleter 2 hangus 10k ke 20k, yg penting poket dia org yg kembung… hati2 bila nak buat sesuatu lebih2 lagi bila melibatkan duit yg bnyk….

By minahleter on May 8, 2008

aku setuju dgn joyah. skrg mmg dah byk kompeni ala2 monsun-biz ni. dorang tu kaya bukan sebab internet marketing, tapi sbb menipu duit2 org yang mcm aku ni. aku ni tak lah bodoh mana tapi sapa xnak tambah rezeki, jadi kaya kan, tapi x sangka lak kena tipu dgn bangsa sendiri, melayu! system yg ditawarkan MIRSB tu haram x buleh pakai. korang tengok la sendiri laman web dorang www.monsun-biz.com apa yg ada????? MIRSB tu mmg penipu lah. ramai dah kawan2 aku yg kena tipu dgn kompeni tu. bila mintak refund dorang bagi mcm2 alasan. sampai kena bagi bukti kukuh kalau nak buat refund. hei, aku nak mntak duit aku balik, salah ke? mula2 ckap dlm 14 hari duit boleh refund, lepas tu 30, skrg 60 hari plak!! geram betul aku, si nora yg jadi naib presiden MIRSB tu aku rasa sekolah sampai form 5 aje kot. aku tengok kat wanita hari ni nak jawab soalan pengacara pun gagap2. macam tu ke cara org belajar kat oversea? pada korang2 yg minat nak ceburi internet markerting ni, pikir2 la. duit mmg boleh cari tapi kalau digunakan ke jalan yang betul, x pe. ni menipu duit org. tanyalah pada yang mahir dgn selok belok internet marketing ni, jgn main langgah je. aku skrg ni menghitung hari, ntah dpt ke tak duit aku tu. aku ni anak ramai, laki dh xde. mana lagi aku nak cari duit. MIRSB penipu!!

By lyra on May 8, 2008

btul ke JO tu..setahu saya sistem MONSUN blum berfungsi sepenuhnya.coz masa i pergi kursus BossMailer bulan lps dia org kata MOSUN blum berfungsi cz nak tgu Bossmailer & Payment Getaway di aktifkan dulu baru MONSUN bleh befungsi.skrg nie hanya beberapa kerat je baru dpt sistem Payment Getaway mereka & kelas Bossmailer pun baru start bln lps.

By lyra on May 8, 2008

lgi 1 ttg BossMailer nie..mereka kata bleh kumpul email ribu2 dlm masa 1 jam..i buat tgu 3 jam x dpt smpai seribu pun…!!:( nak post email pakai Bossmailer nak kna ada kredit lak,0.10 sen 1 email..mcm line perpaid tu…kata mereka utk bayar kat Yahoo,Gmail,Hotmail supaya email bleh di sent kan..hehehe

By kasimo on May 8, 2008

orang monsun biz pandai buat pengiklanan kat paper. cuba dia buat pengiklanan kat internet. confirm dah kena maki hamun

By blah la jo on May 8, 2008

jo…ooo…jo….kaki kencing jo ni…ntah2 puan nora sendiri tu kot…huhuhuhuhu…

By abdfatah on May 8, 2008

makin hangat nampaknya… panggil kengkawan yang dah join… kita join komen kat sini bagi penerangan yang lebih jelas dan buat tindakan yang mana boleh? ramai lagi yang akan jadi mangsa?

soalannya bagaimana nak selesaikan? bagaimana dan bagaimana yang seharusnya kita fikirkan jalan penyelesaiannya.

tak cukup sekadar nak merungut semata-mata. langkah yang seterusnya bagaimana…?

By mol on May 9, 2008

Salamm… aku ni pun sama la cam sesetgh org.. pendapatan bulanan cukup tapi kalau bleh nak le lebih.. tgk la monsun-biz cam menarik.. tu yang aku dok survey or research b4 nak invest.. tapi dah langsung tade mood bila camni plak citenyer.. thanx everybody for bringing up the issue… dah le b4 this aku dpt tau mlm ni byk unsur haram dari halalnya.. aku jual tupperware je lahhh…

By minahleter on May 9, 2008

mol, kalau nak join bnde2 mcm ni nak kena study betul2, jgn main invest je. jutawan internet si irfan tu sendiri pun ade ckap yg internet marketing ni kalau salah invest mau bangkrap. lebih ramai penipu dari nak tolong org jadi senang. mcam si nora tu lah, cakap bukan main berapi lagi kat tv. pulangan lumayan la, income 1 hari 100k la, nak tolong org2 melayu la. padahal income dia yg 1 hari sampai 100k tu hasil menipu duit2 org melayu! aku pegi masa pelancaran monsun-biz kat grand season hotel ari tu. ingat nak apply loan tekun tapi nama aku tercicir. sebab si nora tu cakap nak 300 org je. so aku pun kuarkan la duit asb 10k, bagi dorang. payment gateway n bossmailer mmg x berfungsi lagi, system tu kena hacked. skrg ni aku tengah tunggu si nora tu refund balik duit aku.

By sas on May 9, 2008

Aku memang tetarik sangat dengan Monsun.biz ni apabila terbaca dalam metro. tapi aku terfikir pulak senangnya nak dapat duit. Ini mesti ada yang tak kena. Tolong kekawan cari maklumat terbaru program ini untuk aku buat keputusan. Aku ni bukan pandai sangat IT. TQ

By Cfuse on May 10, 2008

Masa baca Metro ari tu mmg nampak menarik tp biler dah baca cite2 kat sini takut la pulak.Klu camni la cara dia org cari duit lebih baik berhenti je psal wat naya orang melayu je.

By landlord on May 29, 2008

ello…aku tau system nie baru n xbagus mcm ebay.tp nk jdkn ianya bagus,org melayu mcm kite la kene support org melayu..bkn dok konden jer tau..dulu ebay mula2 xbagus gak tp org2 kulit putih neh supportive tu yg bagus la nie…same2 la kite support supaya company org melayu ni berjaya.. system dh diberi,trpulang pd kite how to make money frm the system..xkn A-Z nk tolong kot…inila org melayu smua nk mudah.. duit nk tp malas,,komplen jer pandai..oo!! usaha la sket!!! aku xpihak mane2 tp ini hanya pndapat!tq.

By carllys on May 30, 2008

landlord, dari nick ko pun aku tau ko dipihak mana.

nie la masalahnya bila asyik gunakan ayat “melayu tolong melayu”… kalau betul2 tolong takpe. orang melayu sendiri pijak kepala org melayu pun ko nak tolong gak? nak berniaga kene la ada ilmu. aku bukan sekadar bercakap kosong dan asyik nak kondem org lain.. tapi aku bercakap berdasarkan ilmu dan pengalaman.

ko tengok je la sistem monsun biz tuh sampai skrg bukannya dapat sambutan sangat pun. produk yang ade pun sikit dan ntah ape-ape. iklan merata-rata tapi hasil tak seberapa.

aku yakin, satu hari lagi monsun biz ni hanya akan tinggal nama je.

By catzer on May 30, 2008

kekekeke..glamer erk monsunbiz ni..tp sygnya tak cukup glamer utk scam ramai org kerana skang market malaysia dah ada ramai SuperIm…menyelamatkan insan2 yg nak cepat kaya jerk

By abdfatah on June 9, 2008

takper laa… nak tunggu tinggal nama dulu aaaa baru nak join…. pakcik kayo laaa kalo dah join…

By siasat dulu on June 10, 2008

A’kum, aku ni x belah mana2 pihak, cuma pikir kalu baik utk org melayu jd jutawan atau usahawan, maybe what we can do 1st b4 bayar duit apa2 kt monsunbiz is :

1) mintak diorang prove yg sume sistem yg dioffer is alive and running, maybe bg kita satu demo or testing copy ker, or sumthin like that,

2) mintak agreement copy yg seandainya utk satu tempoh yg sistem2 tu x working eg. sebulan maka kita berhak dpt refund and mende ni ada black & white

aku susah nk kata caya ke tak but utk smsworks dia nampaknya working, cthnya aku sendiri subscribe sms solat (no 33886) yg ari2 anta sms waktu solat and caj rm0.30

maybe kita patut consider diorang ni entrepreneur, jd lebih kurang mcm developer hartanah gak, marketing gile2 pastu umah contoh mengalahkan banglo padahal apartment aje (example) siap ada sate feast lagi walhal umah baru pecah tanah jer, maksudnya website or system monsunbiz still in progress / development / mutual upgrading until maturity cam sistem ebay dll pd awalnya.
pd aku website dia aku surf arini working, tp yelah on the top tu ok gak but dah ke bawah tu cam hampeh i mean cincai aje presentationnya, that is doubtable..

so camne, nk bagi peluang kt usahawan melayu dgn initial mistakes or camne, nk kata tipu susah gak coz nmpknya backup by tekun, mecd, tu yg aku musykil gak, nak caya boleh, tak caya pun boleh, camne carylls dgn points aku ni, balas jgn x balas aku nk dgr feedback ko. SALAMzz

By carllys on June 11, 2008

en “siasat dulu”..
untuk membandingkan perniagaan internet dengan perniagaan hartanah rasanya tidak tepat.. saya bercakap melalui pengalaman dan apa yang saya belajar. bukan saya nak menjatuhkan orang melayu, tapi kene fikirgak.. jangan hanya gunakan nama melayu kita mudah tertipu dengan tawaran yang diberikan.

kalau monsun biz mampu keluarkan belanja besar-besar untuk iklan, kenapa tak nak keluarkan belanja yang tak berapa besar untuk kaji dulu internet marketing nih?

konsep monsun biz ni betul, tapi cara perlaksanaan dia yang salah.

By abdfatah on June 12, 2008

yup… konsep dah ok. caranya aje yang tak kena dengan gaya… sapo yang nak kondem menda yang boleh menghasilkan pulangan yang menguntungkan untuk jangka masa panjang.

By Norhafidz on June 15, 2008

strategi memang bagus, tapi aku setuju ngan carllys dan rasa diorang kena bina kredibiliti dari segi traffic dan tahap profesionalisme dulu macam yang diraih lelong.com.my, eBay baru launch kan program ni. bossmailer tu pon spamming dah..

By titan on July 23, 2008

scam tu aku tak tau la. Tapi modus operandi diorang tak telus dan tak berterus terang. Kenapa masa talk tak cerita details tentang bossmailer? Tak terang dari segi etika?? kalau diorang dah cite dan masa tu still ada orang nk join gak. Itu lain cerita la..

Kalau diorang letak harga yang rendah, aku rasa diorang leh hentam ebay sama lelong.

tapi pakej 50k dan 10k tu, ramai dah ternganga sekarang..

Ps: Apapun, sebelum salahkan Monsunbiz. Salahkan gak diri sendiri. Nape tak nak research dulu sbelum join apa2 program? DAh tergolok gadai, baru nak wat bising. First, salahkan diri sendiri. 2nd, ok dah. Jom serang pejabat diorang!

By ebiztanpamodal on August 14, 2008

Daripada join Monsoon Biz yang palin kurang 1K,baik join Google Adsense yang tak kenakan bayaran satu sen pun cuma yang jadi bayarannya blog mesti dalam BI dan alamat mesti betul.Tak mau tipu2 punya.Kalau nak cari lubuk kat internet joinlah Clickbank.Rugi wo….kalau tak join sebab Clickbanklah jugak yang bertanggung jawab melahirkan OKB bukan macam Monsoon-biz….Tipu memanjang,tak tahu teknik internet marketing yang betul,sistem separuh jalan,aku tengok website dia macam tak pro aje….

By observer on November 12, 2008

sapa yang backup monsun gila gila sebelum ni mula laa nganga mulut luas luas.. lareee korek hidung berangan dan menyesal..
tak mau cakap banyak laa sekarang suma nak main lepas tangan,aziz dengan nora (+baby baru) menggelupur menyorok sana sini.. bila call opis (clerk yg digajikan) cakap tengah busy setup opis kat kuantan. elehhh gua tau diorang kat mana..

By ziz on December 12, 2008

apebendalah kalau nak bisnes online kena ada barang ataupun servis , tak kirala servis apa tapi yang bagus macam webspace ka domain, designing ka, custom template ka

kalau macam tu daftar kat lelong dgn ebay dah cukup, kemudian buat website sendiri tak tau upah orang kemudian gunakan adsense untuk promosi

By ayahnda on December 22, 2008

saya setuju dengan pandangan penulis… jika diperhalusi tektik dan teknik yang digunakan memang nak mensia-siakan bangsa sendiri.. dan memperbodoh²kan bangsa sendiri. bukan setakat monsun-biz, oblworld, virtual???, blogstarz dan recently ada satu lagi kuar kat paper… konsep yang sama…tengoklah sendiri eden lupo la namo eh… banyak affiliation program, clickshare dan beberapa prog lagi yang boleh membantu kita smeua buat duit over the net, tapi bukan overnite boleh kayo bang oiii… bila kita dah lupa tauhid dan membelakangkan tuhan tu la pasal jadi macam ni… ketamakan dunia….

By mutiara_emas on December 30, 2008

salam..
dulu mase tgh hot dgn biz sms 33886 tu,kakak sy pon join.tp die bli pakej paling murah RM5000 dgn disc 50%.siap pegi kelas bagai..cara2 nak run sms biz tu.huhu..tp ye la..my sis tu bukan la celik IT-so do i..mase time tu je penuh paper harian metro dgn sms 33886 tu.tp skang 1 iklan pon xde da yg masuk metro guna num 33886.agaknye sume org da nampak mende tu cam tak berapa menjadi keuntungannya.kakak sy punya pon, ada la dpt duit sikit,tp stil xdpt cover modal yg die da keluarkan.plak tu, duit tu kita xble nak transfer masuk akaun bank kita.just bole transfer ke e-wallet jd point je..tataula mana silapnya..kerana kami xmahir sgt agaknya.(those classes held really not helping!!)
nasib baik mase monsun biz femes aritu kakak sy xjd join beli lot2 die.kalau tak..haru idop..

*sekadar berkongsi pengalaman.

By siti on January 8, 2009

nasib baik jumpe website ni. i got a new knowlegde . hehe

By iceburn on January 10, 2009

terima kasih keatas pemampan2 dari alam maya yang membantu aku dalam menidak betulkan kepala hotak aku, samada mahu bersama atau tidak bersama dalam monsun biz. kalian bincangkan perkara baik. bukak semuanya! biar semua orang tahu!! bukak!!! jangan biar bangsa menjadi layu oleh penipu2 dan pengkhianat menceduk di air yang keruh!!!
www.mindabersaru.blogspot.com

By blogstarz on January 20, 2009

blogstarz kuar metro

By safuan on February 28, 2009

Aku no komen tentang monsoon-biz ni. Tapi dari komen yang aku baca, aku tertarik dengan komen jo

By jo on May 5, 2008

apa kecoh2 ni….jgn fikir shj….dengar dr pengalaman sy….sy dah masuk 2 bulan benda ni….i pun x caya sebulan duit i masuk 25k….mcm mimpi…tapi dah realiti….now dah kuar honda civic baru i..alhamdulillah….

Hampir semua orang komen monsoon-biz tu penipu tapi jo kata betul melalui pengalaman dia. Apa yang aku boleh kata kat sini ialah kalau betul jo masuk dan now dah keluar honda civic melalui monsoon-biz ni, senang saja, buktikan pada kami. Aku rasa semua orang setuju dengan aku. Kalau setakat heboh dalam ni saja tak jadi. Aku pun boleh kata aku ni Tan Sri, ada duit Puluh Ratus Juta dalam akaun dan aku nak harap orang akan percaya? Kalau betul monsoon-biz ni buat orang ramai berjaya, mengapa kejayaan yang mereka perolehi tidak di war-warkan dan takde pun kuar dalam paper atau tv?

By Sapikk on March 10, 2009

ehem…agak ketinggalan komen aku ni.. Monsun-Biz dan Blogstraz.. due 2 x boleh pakai..sekian..

By wak on May 16, 2009

aku baru balik dari ofis OBLworld yang menguruskan monsun-biz nie tadi. ofis nya di prima saujana. Aku saja je nak survey dan tanya diaorg mcm mcm…jawapan yang di berikan memang tak memuaskan hati aku…jadi selamat lah duit aku..

By tam on May 22, 2009

aku pun dah kena tipu tapi pakej rm5000 je. walaupun rm5000 bagi aku banyak gak tue… repot polis boleh ke?

By addeen on June 23, 2009

aku ada gi ari ty kat ofis dia..
malang la jugak aku tak check..
abis duit aku rm25…
nasiblah tak sampai ribu2..
apepun duit gak tue..
waaaa….

By unknown on July 3, 2009

tumpang lalu. aku tak mau ckp banyak.. ape2 pun korang pk la sendiri. INFO..presiden MOBILE INCOME ni n yg sekutu dengannya ialah ZUBIR BIN YAHYA.NO IC 670903105157 (ic baru)telah diistiharkan bankrup pada 11.2.2004 no file 29-1068-2001… A0810468 (ic lama)telah diistiharkan bankrup pada 17.4.2003 no file 29-694-2002 kedua-duanya di melaka. Status sehingga hari ini n jam ini masih bankrup.kereta2 besar yang zubir bin yahya pakai hari ini semuanya kereta pinjam. ambik no kereta n chek ngan jpj.. Cuba pk apa motif org bankrup nak kayakan/tolong org melayu..aku cuma nak tolong korang fikir baik2.

By paklah on July 9, 2009

Wow..satu pendedahan yang memeranjatkan. Dulu saya ada gak survey dan attend dia punya preview kat sunway hotel,sbrg jaya. Siap bagi duit! RM100 pada sapa-sapa yang boleh jawab soalan cepu emas.Nampak mcm banyak duit tapi kita xtahu itulah sebenarnya pertualang melayu yang nakkan duit kita aje.Sy dulu hampir2 sertai dengan pakej RM5k. Kepada kawan2 sy yang dah terkena tu, nasib nko ler…Jom kita serbu opis dia orang kasi bankrup 3x

By zulhacker on July 14, 2009

aku dah kene tipu da pn..
shit btol..
bengang aku..
orang kite sendiri lak 2..
pe dah jadi..

By puan ain on July 16, 2009

Tuan/puan,

pinjaman khas untuk kakitangan kerajaan.

terbuka kepada kakitangan kerajaan dan badan berkanun
semua kakitngan kerajaan persekutuan dan negeri
gaji kasar minima rm650 sebulan,berumur 19-55thun
potongan gaji melalui biro angkasa sahaja
bayaran balik melalui potongan gaji tidak melebihi 60% dari pendapatan kasar.
Tempoh pinjaman sehingga 15tahun.
jumlah pinjaman sehingga rm150,000
kelulusan segera.
bermasalah dengan CTOS,CCRIS,SENARAI HITAM(BLACKLIST) oleh mana-mana Bank masih boleh meminjam tanpa penjamin.
99% kakitangan kerajaan lulus loan.
selepas 3 bulan pinjaman baru bayar balik bulanan.

5.05% FLAT(2tahun)
7.20% FLAT(3-12tahun)
7.99% FLAT (13-15 tahun)

Pinjaman ini adalah dari al-rajhi bank.

Dokumen yang diperlukan:
3 salinan I/C dan disahkan oleh majikan
2 salinan slip gaji yang terbaru dan disahkan oleh majikan
2 salinan slip gaji yang lepas.
borang-borang dari koperasi lain (jika perlu)
application form al-rajhi bank.

Pinjaman Khas Kakitangan Swasta
gaji kasar minima rm1500 sebulan,berumur 19-55thun
potongan gaji melalui biro angkasa sahaja
Tempoh pinjaman sehingga 5tahun.atau 7 tahun
jumlah pinjaman sehingga rm100,000 tanpa penjamin
kelulusan segera.
berumur 21-60thun
Tiada penalti yang dikenakan jika lambat bayar.
diberi Rebet jika bayar awl pinjaman
Jumlah pinjaman yang boleh dipohon sebanyak 5kali gaji basic termasuk alaun tetap anda.
Pinjaman segera (2 hari dah approve)

8.5%FLAT (2-5 tahun)
8.99% FLAT(6-7tahun)

Dokumen yang diperlukan:
2 salinan I/C dan disahkan oleh majikan
3 salinan slip gaji/ kontrak dan disahkan oleh majikan
buku bank dari mana-mana bank dan disahkan.
Application Form al-rajhi bank.

untuk menyemak kelayakan, Sila hubungi saya dengan mengirim sms atau call sahaja di talian 019-2132858 dan sertakan maklumat berikut:

Nama :
Syarikat swsta atau kerajaan:
No i/c:
Gaji pokok + elaun tetap:
Jumlah potongan dalam slip gaji:
Pilihan jumlah pinjaman yang ingin dipohon:

atau email penyata gaji anda yang terkini ke marketing_report@yahoo.com

kami akan hubungi anda sejurus seleps info anda diterima paling lewat dalam masa 2 hari.

PROGRAM FRIEND AND FAMILY

-Program yang mana anda tak perlu bayar balik pinjaman bulanan anda dengan syarat anda perlu menjadi ahli AFF hanya bayar rm50 anda layak utk medapat ganjaran jika anda memperkenalkan org baru utk wat pinjaman dari al-rajhi bank.dimana setiap bulanbank akan beri anda ganjaran keatas usaha danpenghargaan al-rajhi kepada anda yang telah memperkanalkan rakan anda dengan al-rajhi.Tapi sebelum itu anda dikehendaki mendapatkan reference yang memperkenalkan anda.

Nama perujuk:ain
No kad perujuk aff :176649

untuk lebih lanjut lagi boleh hubungi saya…

best regards,

puan ann nur ain
Marketing_report@yahoo.com
Reseller al-rajhi bank
019-2132858

By Delima on September 16, 2009

Saya rasa saya juga mangsa penipuan monsun-biz. Sebelum join, staf monsun gtau terhad 300 org jer! dah join akan diberi latihan sampai pandai. pastu selalu folo-up. lepas bayar, diorang tak bagi latihan pun! katanya akan folo-up melalui phone. saya kol diorang cam nak tak nak layan. emel saya sekali je reply! pastu senyappp!! asyik saya nak kol diorang, sekali dua ok.. byk kali kol tak jawab!! pastu baru saya terbaca pendedahan ttg monsun ni.. cam x caye je akhirnya kne tipu! ruginyer..!! tapi ratus2 je, cian kat org yg dah bayar ribu2 tu. Ruginyer.. melayu jugak..
Sekarang saya dah join bisnes lagi best! Dah berjaya dan byk kuar paper. utk kawan2 dan sesiapa yg berminat blh jumpe saya di http://jutatrend.blogspot.com/ saya tak pandai buat blog tapi saya tak suke ditipu bangsa sendiri! Jom bongkar rahsia..

By ris on December 18, 2009

Aku rasa la mereka nih dah pukau kita dngan ad mereka sial punya MONSUN!!!!!!!

Comments RSS

Leave a comment