Masih ramai lagi rupanya yang belum memahami definisi “backlinks” dan kepentingannya kepada blog/site mereka. So, kali ni aku nak cerita sikit berkenaan backlinks berdasarkan pemahaman dan pembacaan aku. Harap korang akan dapat manafaat darinya.

Apa itu “Backlinks” ?

Backlinks ialah apa-apa link dari website atau webpage lain ke site/page korang sendiri. Ia juga disebut sebagai incoming links, inbound links, inlinks atau inward links.

Sebagai contoh, katakan site korang ialah www.webkorang.com , dan web aku plak ialah www.akupunyaweb.com  . jika aku meletakkan link www.webkorang.com didalam www.akupunyaweb.com , ini bermakna web www.webkorang.com telah mendapat backlink dari www.akupunyaweb.com .

terdapat beberapa jenis backlinks. iaitu :-

1. One way backlinks (link sehala) . dimana website A —–> Website B

2. 2 way backlinks (link 2 hala). dimana   website A <—–> website B. (mereka berkongsi/bertukar link)

3. 3 Way backlinks (akan aku terangkan di lain masa)

p/s : one way backlinks adalah lebih baik dari 2 waybacklinks.

Kepentingan Backlinks kepada Site dari sudut SEO

Backlinks adalah salah satu ”kayu pengukur” atau indikasi yang digunakan oleh kebanyakan Search Engine (SE) untuk menilai populariti atau kepentingan sesebuah website atau webpage. Ini bermakna lagi banyak backlinks berkualiti yang diperolehi oleh sesebuah website itu, maka ia akan lebih mudah untuk mendapat kedudukan yang baik dalam hasil carian di SE atau SERP (Search Engine Result Page). Ini meninggikan peluang sesebuah website untuk mendapatkan pengunjung laman web yang lebih banyak dari SE.  Atau secara lebih mudah, backlinks ialah vote / undi yang diberikan oleh website lain kepada website korang . Jadi, lagi banyak undi yang korang dapat, maka lagi cerah peluang korang untuk jadik juara.. ala.. lebih kurang macam undi sms Akademi Fantasia gak la… kalau blog atau site korang dah level macam Mawi, fuh..sure boleh jadik jutawan beb! hehehe…

Sebelum membuat backlink, adalah penting untuk korang memilih atau menetapkan keyword / katakunci links tersebut. Keyword ini akan kita gunakan sebagai “Anchor Text” link. Anchor text ialah ialah teks atau perkataan yang mengandungi link yang mana apabila di klik pada text tersebut, ia akan membawa kita kepada mana-mana website yang di ingini. Contoh :-

  1. SEO Master  <– link dengan anchor text SEO Master yang akan membawa ke laman http://carllys.com
  2. Perniagaan Internet <– link dengan anchor text Perniagaan Internet yang membawa ke page http://carllys.com/perniagaan.html

Perhatikan text diatas, dimana ia adalah live link (boleh di klik) yang akan membawa korang kepada mana-mana website atau webpage. Anchor text ini penting untuk SE menentukan kedudukan website/page korang untuk sesuatu keyword. Jika korang cuba untuk mendapatkan ranking yang baik untuk kata kunci perniagaan internet, maka backlinks korang haruslah dengan anchor text perniagaan internet jugak (seperti contoh no 2 diatas).

SE seperti Google juga amat menitikberatkan kualiti sesuatu backlink. Backlinks yang berkualiti ialah :-

  1. Baclinks dari page yang mempunyai Page Rank (PR) yang tinggi.
  2. Backlinks dari pelbagai domain dan IP.
  3. Backlinks yang menggunakan keyword yang disasarkan sebagai Anchor Text
  4. Backlinks yang diperolehi dari website yang mempunyai tema atau isi kandungan yang berkaitan dengan site korang. (namun ada juga pendapat yang mengatakan tema website tidak penting..wallahualam).

Namun sebenarnya tiada siapa pun yang tahu dengan tepat bagaimana algoritma SE bekerja. Sebahagian maklumat diatas mungkin tidak betul atau kurang tepat. Diketahui bahawa SE sentiasa menaiktarafkan algoritma pencarian mereka dalam memberikan yang hasil carian terbaik kepada pengguna SE. Ini bermakna mungkin suatu hari nanti SE akan menilai perkara-perkara lain pula dalam menambahbaikkan algoritma SE mereka.

Bagaimana untuk mendapatkan Backlinks ?

Terdapat bermacam-macam cara untuk mendapatkan backlinks. Berikut adalah sebahagian teknik yang boleh korang gunakan.

  1. Membuat komen di blog orang lain (biasanya ada ruangan untuk memasukkan url website korang)
  2. Sertai mana-mana forum dan letakkan link korang pada bahagian signature.
  3. Hantar artikel yang diselitkan dengan url website ke mana-mana direktori artikel (banyak yang pecuma.. korang bleh encik google untuk carik… :p).
  4. Submit url website ke direktori (pun banyak yang percuma).
  5. Submit url ke Social bookmarking website seperti digg.com
  6. Ada myspace atau friendster? ha.. selitkan je url website korang kat situ..
  7. Ramai kawan-kawan yang ada blog? mintak diaorang selitkan url website korang (pastu blanje la diaorg minum teh..hehehe).
  8. Beli text link.
  9. Korang ada banyak blog/website? linkkan je atara satu sama lain.. (ada masa nanti aku terangkan macam mana nak linkkan dengan cara yang terbaik)
  10. Tulis artikel yang best di blog korang, dan mungkin akan ada orang yang suka dengan artikel itu akan memberikan kredit dengan meletakkan url blog korang di blog mereka.

Hah.. aku rasa cukup la kot untuk kali ini.. mungkin ada yang betul dan ada yang tak betul.. so, kalau korang ada mende lagi nak tambah, boleh la berbuat demikian di bahagian komen.. harap-harap apa yang aku tulis kali ni bagi manafaat kat korang.. kalau korang rasa entry aku kali ni best, so jangan malu-malu untuk berikan kredit kat aku dengan letakkan url post ini kat blog korang (seperti tips no 10 kat atas… hehehehe).

SELAMAT MEMBUAT BACKLINKS!


27 Comments

By kasimo on September 6, 2008

terima kasih carlls… baru aku tahu apa itu anchor link…. anchor link ni ble buat ke klu kita komen kat blog rang atau just boleh di buat di web kita jak…

By wings on September 13, 2008

trimas atas perkongsian…satu info yang baguis..sambil2 bole tambah backlink untuk website aku..haha

By adinata on October 28, 2008

thx ya infonya, abis dari gugel nyasar kesini, he he he

By tuantulis on November 29, 2008

thank atas info dari carlly. banyak infomasi berguna.

http://mivec.wordpress.com
http://jobseekers-career.blogspot.com

By paracetamol on December 2, 2008

info yg sangat berguna..tq

By dazrulx on December 31, 2008

wah.. thx byk2 bro.. good info..

http://option0ne.blogspot.com/

By adikacu on January 3, 2009

Info yg sungguh berguna utk aku yg baru nak belajar ni. TQ..

By Seekers on January 28, 2009

Emm, kebanyakannya mmg betul tu..
bagi yg baru nak belajar, ambil la tip yang berguna ni.. Bukan senang nak dpt tips mcm ni..:)

By rahmanbashri on January 29, 2009

Terima kasih dengan Info Bro. Saya budak baru belajar..

http://socolatjuz.blogspot.com

By fazamania on April 3, 2009

bagus betul info pasal SEO dan backlinks ni… Thanks.

By diari on April 17, 2009

cikgu ke ape owner ni…haha
tq la 4 sharing tu.

By tendolla on June 6, 2009

membina support blog kepada main blog , dikira beri backlink juga ke.

By azali-cara peniagaan internet on June 16, 2009

Terima kasih atas maklumat tuan.

By izbatris on July 21, 2009

tq for the info… wah bagus betul! boleh praktikkan terus ni. Nama anak awak sama ngan nama anak kita sebb itulah nama samaran izbatris.

By mmm on July 30, 2009

hebat..memang hebat……banyak yang kita boleh belajar…..teruskan amalan berkongsi andaa……

By bujang susah on August 2, 2009

tutor yg bagus… tahniah

By Kerryzuedy on August 13, 2009

tq bro for ur good info..

By Kerryzuedy on August 13, 2009

Harap2 Bro selalu laa Update yer…

http://jobless.my/

By sbagyo on August 21, 2009

Ni…hebat !.
Apa boleh awak nak guru ma tuan.

By msrgolden on October 10, 2009

Good info. thank you

By Thai Herbal Cure - Natural Breast Enlargement on October 11, 2009

Offers St.herb Natural Breast Enlargement Massage Products and Natural Supplement for health. All products are made from natural premium Pueraria Mirifica and Butea Superba, natural effect, no side effects.

http://www.thaiherbalcure.com

By kerryzuedy on October 22, 2009

bro..naper lamer tak update..bz yer ngan 15k email…hehehhe..

By jawatan kosong on October 22, 2009

emm…nanti rajin2 laa update iyer..heheheh…

By mohd johadi on December 31, 2009

ooooo bayak lagi yang belum aku belajar. terima kasih bro di atas perkonsian maklumat.

By bayu on January 1, 2010

terima kasih banyak atas info Tips SEO dan Backlinksnya bagus ini yang saya butuhkan sebab saya masih belajar.

By fazamania on February 1, 2010

bagus panduan nih..sy pun tengah belajar SEO..

By am on February 18, 2010

bagus..

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a comment