
Kali ini saya ingin berkongsi tips mudah bagaimana untuk melakukan ‘on-page’ SEO terhadap blog yang menggunakan platform wordpress. Wordpress merupakan platform blog yang sangat popular dan fleksible. Untuk pengetahuan anda, kesemua blog yang saya bangunkan saya menggunakan wordpress. Pada saya, wordpress agak ‘user friendly’ dan mudah untuk digunakan serta mempunyai banyak ‘plugin’ yg boleh ditambah mengikut kesesuaian masing-masing.
Namun jika anda install secara ‘default’ tanpa melakukan apa-apa prosess on-page SEO, sebenarnya sangat merugikan. Baiklah, tip yang pertama ialah dengan merubah default URL setiap posting.
Katakan anda telah memasang wordpress pada domain anda :-
http://sayapunyablog.com
apabila anda membuat satu ‘posting’ dengan tajuk “cari duit online” dalam kategori “money”
secara default nya url posting anda tadi akan kelihatan seperti ini
http://sayapunyablog.com/?p=1
dimana, nombor dibelakang sekali merujuk kepada jumlah posting yg anda buat. URL sebegini sebenarnya agak kurang mesra kepada enjin pencari. adalah lebih efisien jika URL anda kelihatan seperti ini :-
http://sayapunyablog.com/money/cari-duit-online
ini bukan sahaja lebih baik untuk enjin pencari, malah bagus juga untuk visitor anda. Jadi, bagaimana nak ubah?
senang je, mula-mula login ke control panel wordpress anda, kemudian pergi ke Options > Permalinks . Pilih option “Custom, specify below ” , dan pada kotak “Custom structure: ” letakkan code ini :-
/%category%/%postname%
mudah kan?
Dan apa yang paling menarik dengan wordpress ialah kita boleh memasang plugin yg menarik. Plugin yang menjadi kewajipan pada setiap blog saya ialah “All in One SEO Pack” . Antara kelebihan memasang plugin ini ialah :-
- Meng’optimize’ kan tajuk blog untuk enjin pencari
- Generate Meta Tag secara automatik
- boleh ubah meta tag untuk setiap page (setiap page boleh ada meta tag yg unik)
ada boleh dapatkan plugin tersebut di sini : http://downloads.wordpress.org/plugin/all-in-one-seo-pack.zip
Selamat Mencuba !
ko dah terer best la..aku yang buat buat blogspot ni pun dah terkial-kial..ntah la bila buleh merasa duit adsense ni.
Alhamdulillah. Info yang saya tak pernah tau sebelum. Saya dah applikasikan pada blog saya. InsyaAllah. Nak gak merasa income adsense.
Thank you so much.
Bro, nak tnye, nape page pro yg melayu boleh xleh senarai kat 1st page google ek?
Padahal, dah pr 2, pastu, fully optimize lak tu..
confuse..
anyway..congratulations !
MyIkram, page melayu boleh saya tuh hanya untuk suka2.. page tu tak fully optimize pun sebenarnya.. kalau nak diikutkan, banyak lagi nak kene buat. sekadar on page optimization saja tak cukup. perlukan lebih banyak off page optimization ( dapatkan backlink dengan anchor text yg ditarget ke target page).
[…] yang menggunakan wordpress sebagai laman utama mereka yang lebih mesra alam itu. Maka gunakan cara belajar seo tersebut yang amat berguna untuk masa depan blog […]
Yea, betul, gunakan permalinks. SmartZul ada ajar saya benda tu. Cuma all in one seo pack je yang saya tak pasang. kena cuba ni.
Comments RSS TrackBack Identifier URI
Leave a comment





8 Comments