Assalamualaikum dan salam sejahtera…

dah lama saya tak update blog saya carllys.com nih… dan kali ini setelah sekian lamanya, barulah saya berpeluang mengupdate blog nih. Blog ini sebenarnya adalah blog saya yang pertama dalam dunia internet marketing ni. Di domain inilah saya mempraktikkan segala apa yang saya pelajari mengenai SEO, adsense blackhat dan whitehat, internet marketing, script dan bermacam macam lagi… pendek kata (panjang tak kata apa pun ) blog ini seperti tikus makmal dimana saya menjalankan ujikaji. Sehinggakan domain ini telah di banned oleh encik google dalam adsense (nasib baik account tak kene suspended).

Carllys.com dan berumur setahun ! Happy Birthday !! huhuhuhu…. domain ini telah pun berpindah hosting. Sebenarnya pada awalnya saya malas nak renew domain dan hosting ni… tapi disebabkan sayangkan domain yang mempunya PR4 ini ( dulu PR5) , saya renew kan jugak la.. sebenarnya saya lebih banyak menumpukan pada blog-blog saya yang lain. sebab blog lain banyak menyumbang USD kepada saya :D .

Setelah pindah domain ni, saya tak backup pun database wordpress yang lama.. entahla..rasa malas nak buat… sebab kebanyakan posting yang lama-lama tuh lebih banyak rubbish..hhehehhe…so kali ini dengan “Wajah Baru”, saya harap dapat menulis sesuatu yang informatif kepada pembaca-pembaca (kalau ada yang baca la..).

Untuk tahun 2008 ni saya telah merancang beberapa online project. kebanyakannya lebih menumpukan kepada adsense. Oh, pendapatan adsense saya bulan lepas telah pun melebihi gaji bulanan kerja tetap saya (alhamdulillah). Kerana itu saya lebih banyak menumpukan kepada adsense dari lain-lain. Saya bercadang menggerakkan adsense saya secara autopilot, tetapi bukan menggunakan teknik adbrite.

Saya juga bercadang hendak menulis e-book berkaitan SEO.. sebab ramai lagi newbie yang tak tau langsung mengenai SEO.. website takde trafik, takder sales dan sebagainya… bende-bende macam ni lah yang melemahkan semangat orang-orang yang baru nak menceburkan diri dalam dunia perniagaan internet. Harapan saya untuk membantu mereka dengan meng’aplikasi’kan teknik SEO. itu pun kalau ada orang yang nak ler… :D . ( sila respon di bahagian komen ).

SELAMAT TAHUN 2008


10 Comments

By abang beca on January 6, 2008

ko nak buat ebook SEO ke? elok la tu, aku rasa mmg patut pun..sebab kurang info pasal SEO nih lebih2 lagi dalam BM.

By zainal on January 6, 2008

ramai tak tau lagi pasal SEO nih, aku pun nak tau gak…

By budakmelayu on January 6, 2008

bro, jgn letak harga mahal sangat..nanti gua tak mampu nak beli.. :D

By catzer on January 6, 2008

hahahha,ko ni asyik tukar theme jerk.chewah mengata org,akupun sama jerk :D

By carllys on January 6, 2008

hehehe… mana ada slalu tukar… aku sendirik dah lama tak update blog aku nih… nie baru la ada masa sikit nak update

By ReEN on January 7, 2008

aku pon mau join jadik anak murid ko lis….ape kate ko amek aku jadik lab rat ko, tengok aku leh folo ke x instruction dlm buku ko tu :D

By carllys on January 7, 2008

anak murid ? nak kene jadik cikgu ker nih? huhuhu… memula kene bayar yuran pendaftaran dulu… wakakak

By ahib0205 on January 13, 2008

seriosu adsense dh lbh gaji so adakah anda akan berhenti kerja? :P

By carllys on January 13, 2008

berenti? huhuhu… blom lagi… tunggu cecah 5 angka sebulan, pastu baru bleh pikir nak berenti ke tak…

By firdee on January 14, 2008

wah…bestnye pendapatan internet je dah lebih gaji keje tetap…mintak tunjuk ajar :D

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a comment