google bot

Kebanyakan ‘newbie’ berpendapat setiap kali mereka membuat website baru, ia akan terus boleh dicapai melalui google dengan serta merta. Anggapan ini adalah salah kerana website/blog yang baru dibina tidak ada dalam pangkalan data google.  Dan untuk membolehkan sesebuah website mendapat ranking untuk sesebuah keyword, ia haruslah di index terlebih dahulu oleh google atau dalam kata lain, sesebuah website itu harus tersenarai dalam database google.

bagi mereka yang tidak tahu, mereka mungkin akan mengambil masa berminggu-minggu atau mungkin berbulan-bulan hanya untuk menunggu di index oleh google.  Sebenarnya ada cara mudah dan juga percuma untuk mempercepatkan peng’idex’an google. Ia sangat mudah hingga seringkali terlepas pandang. Bagaimana caranya?

Baiklah, cuma 3 langkah mudah :-

1) Submit sitemap ke google

2) Verify website/blog

3) Pasang google analytic

Untuk langkah 1 dan 2, ia dilakukan di google webmaster tools : https://www.google.com/webmasters/tools . Dan untuk google analytics, ia boleh dicapai di sini : https://www.google.com/analytics.

Ke tiga-tiga langkah diatas sebenarnya secara tidak langsung akan ‘memaksa’ google bot untuk ‘melawat’ website kita dan seterusnya meng’index’ website tersebut. Dalam masa yang sama, kita bolehlah membina ‘backlinks’ untuk meningkatkan popularity website.

SELAMAT MENCUBA !


20 Comments

By ahib0205 on January 23, 2008

tp utk sapa yg wat blog guna blogspot.com akan di index oleh pakcik google dgn automatik. er.. ni terjadi kat blog yg sy buat tak smpai sehari pun. huhuhu pelik jugak..

By khairul on January 26, 2008

Langkah yang sama saya buat untuk setiap website / blog saya :)

sqaya tambah satu lagi tips..
tapi yang ni walaupun mudah caranya tapi hasilnya bergantung pada nasib :)

* Submit blog baru anda pada high PR directory.
Cuba cari Directory percuma yang PR dia kurang2 PR5 dan ketas..lagi tinggi PR lagi bagus :)

Biasanya kalau link kita diterima dengan cepat, blog kita akan di index kurang dari 24jam :D

Boleh guna software utk cepatkan kerja2 sumbit ke banyak directory..

By carllys on January 26, 2008

khairul,
betul tu… kalau nak lagi cepat, dapatkan backlink dari high PR website.. lagi baik kalau link kita tuh berada pada page yg tinggi PR nya. sebab kebiasaanya hanya main page je yg PR tinggi, tapi page2 lain kengkadang takde PR. kalau dpt backlink dari page tu, bukan je cepat diindex, malah baik untuk SEO.

By Adi Arifin on January 28, 2008

Betul itu. Biasanya dengan cara ini website akan di-listing dalam satu sampai dua hari. Kalau mau lebih cepat bisa juga dengan cara lain. Misalnya submit ke high PR directory, tapi biasanya approval-nya makan tempo. Bisa lebih cepat kalau pakai social-bookmarking. Biasanya kurang dari satu hari sudah di-listing.

Tapi apa guna di listing cepat kalau website kita tidak optimized. Mudah-mudahan dalam waktu dekat Carlly mulai tulis petunjuk bagaimana caranya dapat ranking bagus.

By carllys on January 28, 2008

terima kasih saudara Adi Ariffin.
seperti yang telah saya katakan, sebelum kita hendak mendapat ranking yang tinggi, website haruslah di index terlebih dahulu. ini adalah langkah pertama yang harus dilakukan. setelah di index atau di listing kan, maka bolehlah kita ke step seterusnya iaitu meningkatkan ranking.

insyaallah, saya akan cuba kongsi tips2 lain di dalam post yang akan datang..

By Khairul on January 28, 2008

Adi Arifin ,
mula2 saya juga rasa social bookmarking tu salah satu cara utk dapat di index dengan cepat.
tetapi ada satu ja yang terencatkan proses index-ing kalau guna social bookmarking iaitu kebanyakan social bookmarking mengunakan no-follow tag…
ini be-erti website kita tak akan dapat backlink dari social bookmark.
perkara ni tak sama dengan directory yang mmg apply backlink agar crawler dapat cari mana hala tuju link tu..
ini sebab no follow= red light utk cralwer/spider
dan do follow =green light

biasanya orang guna social bookmarking utk tarik traffic :)

By carllys on January 28, 2008

Khairul, don’t worry.. google not the only player. setau saya buat masa skrg ni cuma google sahaja yg menggunakan nofollow tag nih. rasanya yahoo masih ignore tag nofollow nih.

p/s : correct me if i’m wrong. ( saya lama x bukak kitab)

By Khairul on January 28, 2008

saya pun tak sure tang yahoo tu,
tapi kebiasaannya crawler akan tengok do follow/no follow tag tu..
ermm..
yup google not the only player..
tapi kan, masih ramai orang prefer Google PR sebagai ukuran kekuatan sesebuah website..ini termasuk nilai harga satu2 website,tak gitu SEO master? :D

By carllys on January 29, 2008

khairul,
setau saya cuma google crawler je yg tgk tag nofollow/dofollow tuh.

yup, biasanya org akan tgk PR untuk menilai kekuatan dan value sesebuah website. tetapi, nofollow tag tak mempengaruhi PR. ia hanya mempengaruhi ranking sesebuah website.

bila google bot jumpa nofollow tag, ia hanya akan memberitahu google supaya jangan memberikan apa-apa score pada link tersebut. ia tidak bermakna google tidak ‘follow’ link tersebut. dalam beberapa artikel yg pernah saya baca, google crawler tetap mengikut nofollow link tetapi ia tidak mengindex url link tersebut.

By Khairul on January 31, 2008

terima kasih atas penjelasan bro.

cuma tentang no follow tag tak mempengaruhi PR tu ada sikit muskil lah..
sebabnya kan, bila ada do follow url kita pada satu2 website lain, bukankah ianya akan dikira sebagai backlink?

contoh mcam ni lah.
kita letak url kita pada satu web directory dengan PR6.
Sebagai mana yang kita semua tahu kebanyakan directory script mmg kebanyakannya sudah terbina dalam do follow tag.secara tak langsung kita punya site akan dapat backlink dari directory tersebut.

dan yang kedua, kita letak url kita pada satu site sosial bokmarking site dengan PR6. tetapi disebabkan site pr6 kali ni terbina dalam no follow tag, maka link tadi tidak akan dikira sebagai backlink.

jadi dalam aspek PageRank. contoh pertama tu akan menguatkan PR site kita dan contoh kedua tiada apa2 kesan pada PR juga pada google index.

kalau salah tlg betulkan.

By carllys on February 1, 2008

khairul,
mengikut pemahaman saya mcm ni..

untuk mana-mana link yang ada nofollow tag, ia tetap backlink, cuma backlink dengan nofollow tag tidak akan memberi apa-apa kesan pada ranking website.

PR pula akan mengira kekuatan semua backlink termasuk nofollow dan do follow.

err..paham tak ni? :D

By kipas on February 10, 2008

takde software yg bagus ke untuk create backlink ??

By kipas on February 10, 2008

Bro.. selain submit kepada directory apa lagi kita boleh buat untuk dptkan PR ni ?

By mkcuz on March 10, 2008

terima kasih carllys di atas maklumat yang amat berguna. Akan cuba try dgn site saya ;)

By hawee on March 13, 2008

terima kasih infonya..saya coba dulu

By mr.eims on April 21, 2008

@kipas..
cara paling cepat ialah link building..
lagi banyak link ke site kamu berada di website lain, lagi cepat la..lebih2 lagi kalau website lain tu ber PR tinggi.. :)

By kaya2u on April 29, 2008

bro.. ebook SEO free yg link belah kanan tu da xleh donlod.. ada cara lain ke..

By Jana wang Rapid on June 18, 2008

Aku nak Kasi tips kat korang selain dari guna google anaytic kamu boleh juga submit rss feed korang kat abang yahoo

By Seekers on June 29, 2008

Emm, rugi nye aku baru tahu cara ni..
huhu..
tp knp blog no 2 aku ni susah sangt nak masuk dlm search google, lama lak tu.. sedangkan blog no 1 aku ni mudah and cepat je masuk dalam search google dan kalu search dgn keyword “on line business seekers” ianya berada di ranking pertama dlm search google..so, utk blog no 2 aku tu, ada siapa2 yg blh bantu supaya dpt masuk dlm search google? help me please..

By pak malau on July 1, 2008

semua tips yg dinyatakan harapnya dapat dipraktikkan oleh semua, kalau kita hanya tahu tapi tak dipraktikkan takut2 nanti overload information aje jadinya

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a comment