Assalamualaikum semua.

Agak lama jugak aku tak update blog nih. post kali ini hanya nak merujuk kepada satu cabaran SEO di wangcyber untuk keyword belajar SEO . namun aku tidaklah berniat untuk menyertai cabaran tersebut kali ini seperti cabaran yang lepas. kerana sekarang ni aku lebih tumpukan kepada blog-blog lain yang lebih banyak mendatangkan USD utk aku.. :p .

Bercerita mengenai belajar seo ni, aku mula belajar tentang teknik mendapatkan ranking yang baik dalam enjin pencari khususnya google setelah membaca sebuah e-book percuma iaitu SEO Made Easy dari Brad Callen pencipta perisian SEO Elite. Dari ebook tersebutlah keghairahan aku dalam SEO bermula. Korang boleh download ebook tersebut kat sini . Dalam nak belajar seo ni memang kene banyak sabar sebab ia memerlukan sedikit masa untuk melihat hasilnya. Aku pun masih lagi belajar bab nak optimizekan website ni dan mungkin sekarang aku dah banyak ketinggalan kot. Secara jujurnya aku sendiri dah lama dah tak membuat optimasi web. Dan dalam pada masa tersebut kemungkinan ada perubahan dalam algoritma enjin pencari terutamanya google yang mungkin aku dah terlepas pandang. Namun, aku yakin, asas utama SEO tidak akan berubah.

Seperti yang pernah aku terangkan sebelum ini, terdapat dua perkara penting dalam SEO. yang pertama ialah on-page seo dan yang kedua ialah off-page seo . On-page SEO merujuk kepada perkara-perkara yang perlu ada pada web itu sendiri seperti tajuk web, isi kandungan (content), kepekatan kata kunci (keyword density), tag dan lain-lain. Ia agak mudah untuk dilakukan dan tidak memerlukan masa yang lama. Off-page SEO pula ialah faktor-faktor luaran yang akan memberikan kesan kepada populariti web tersebut..dan ianya ialah backlink !

Untuk sesi belajar seo kali ini, aku akan cuba terangkan sikit tentang backlink. Backlink yang baik ialah backlink dengan  anchor text sasaran . Dan backlink yang berkualiti pula ialah backlink dgn anchor text sasaran dari page yang mempunyai PR yang tinggi. Kenapa aku kata page? bukan web? baiklah… untuk lebih jelas sila lihat dibawah.

1) carllys.com : PR1

2) carllys.com/page1.html : PR0

3) carllys.com/page2.html : PR5  <– kalau backlink korang terletak di page ini, maka ia lebih bernilai !

 Jelas?? ianya adalah kedudukan backlink di page yang mempunyai PR yang tinggi…!!  so, aku harap korang faham ape yang aku cuba sampaikan. Insyaallah lain kali aku tulis lagi tentang ape yang korang perlu tau pasal seo.. sekian saja sesi belajar seo dari aku untuk kali ini… renung-renungkan dan selamat beramal… :p


22 Comments

By M. Syafie on June 23, 2008

Backlink tu ape?
sowie for just asking..
=j

By Syed Ikhwan on June 24, 2008

betui betui. :) sebab tu mostly mat saleh, dia akan develop backlink yang berkualiti dulu. content cerita kedua. :)

p/s: ni no follow ke follow ni? :p

By carllys on June 24, 2008

sorry syed, link kat komen tak berapa nak follow lah..heheheh (nofollow).

By carllys on June 25, 2008

M.Syafie, backlink tu ialah dimana apabila link/url blog kita ada didalam blog/web lain.. faham tak?

By wniizzati on June 29, 2008

ooo.. mcm tu..
nak tau, search box yg kita uat di website kite, bleh kita guna utk search x?

By kmz seo on July 3, 2008

Salam Hormat saje je nak lepak kat Sini. Saudara nak tau follow ke no follow ke do follow ke ?

Semuanya ada kat view sorce kan???

By abdfatah on July 16, 2008

kenapa taknak follow? follow laa jangan tak follow.

By Wi on July 20, 2008

salam, balas kunjungan Mas. Aku baca ni agak lambat, perlu penyesuaian ke model ejaan Indo.
nuwun …

By zaidi on August 2, 2008

bertambah lagi ilmu bila singgah kat sini

By SHOOT on August 7, 2008

thanks carllys. br paham siket2 ttg SEO nie.

By secret on August 9, 2008

saya pun nak tanya soalan macam syed tanya tu .

By kasimo on September 6, 2008

banyak dah baca makluman tentang seo ni.. tapi tak faham term dia… klu nak mula belajar better start dari mana ek…

By June on November 1, 2008

saya ni memang x pandai english. kt mana lg yang saya boleh belajar ttg SEO dalam bahasa melayu secara percuma. atau cara buat income online dlm bahasa melayu yg genuine. saya banyak beli ebook. tp x berjaya

By ombir on March 26, 2009

Seperti yang pernah aku terangkan sebelum ini, terdapat dua perkara penting dalam SEO. yang pertama ialah on-page seo dan yang kedua ialah off-page seo

By diari on April 17, 2009

payah gak rpenye nk wat seo ni yek..ssh tul x phmkn.ptut la seach2 x kuar

By wirajiwa on May 27, 2009

terima kasih untuk pengetahuan yang sangat berguna ini

By zuar on June 1, 2009

jom tambah pengetahuan tentang komputer baca di blog saya..:-)

By TanyaLelaki.com on October 15, 2009

haha.. (renung-renugkan dan selamat beramal).. cam pernah dengar jer dalam redio.. tq bro.. ada jugak la dapat benda yg aku tak tau.. sanchez amigos

By Marzuq on October 19, 2009

panduan ni sangat berguna. terima kasih

By fcs on December 11, 2009

best2..baru tahu

By pirate on December 25, 2009

sudah lama saya cari maklumat tentang seo.
sekarang saya sudah dapat apa yang mahu…
terima kasih kerana beri saya maklumat ini….

By bayu on January 1, 2010

thanks carllys, saya sdh baca tapi belum mengerti euy

Comments RSS

Leave a comment