Akhir-akhir nih heboh pulak cerita pasal monsun biz . memula aku tak tau gak menatang ape monsun biz nih.. ye la, aku bukan beli paper. baca surat khabar pun online je… dan aku memang tak jeling langsung kat iklan-iklan yang ada walaupun aku sebenarnya adalah pengiklan (adsense)
… bila aku buat sedikit research baru la aku faham sikit pasal monsun biz nih … well, pada aku diaorg memang pandai memanipulasi keadaan…
Pada pemahaman aku, monsun biz nih menyediakan tapak untuk orang nak berniaga secara online.. konsep dia ala-ala ebay or lelong.com .. so, monsun biz nih akan jual “tapak maya” nih kepada sesapa yang berminat dan owner kepada tapak yang dipanggil lanlord ni pulak nanti kene mencari sesiapa yang berminat untuk menyewa lot-lot maya tuh.. setiap lot disewakan dengan harga RM50 sebulan.. kalau beli 20,000 lot dan semua lot tuh habis disewakan, memang bleh dapat sejuta sebulan… logik kan? huhuhu…
Logik, memang logik dari segi matematiknya… tapi sesapa yang beli tuh pada aku memang tahap bodo cipan gak la.. ingat senang ke nak carik orang sampai 20 ribu orang penyewa..? dah la website baru bikin, page rank pun takde.. SEO ?? hmmm i don’t think so… sepatutnya jika mereka yang terlibat dalam membina monsun biz ni faham dengan teknik internet marketing, apa yang perlu mereka buat ialah dengan membina kredibiliti website itu sendiri sebelum mereka officially launch.. yang aku pasti, pembeli-pembeli yang menjadi landlord atau tuan tanah maya nih adalah orang-orang yang tak faham dan tidak ada asas bagaimana untuk berniaga di internet… itu aku sangat pasti ! kalau tak percaya, pergilah pada mana-mana forum internet marketing, dan tanya lah mereka-mereka yang arif pasal internet marketing, nescaya mereka akan ketawa berdekah-dekah bila disebutkan pasal konsep monsun biz ni…
dari monsun biz, lebih baik aku pergi ke ebay atau lelong.com.. kenapa? sebab mereka mempunyai sistem yang cukup baik, boleh dipercayai, dan yang paling penting, website sebegini mempunyai trafik / visitor yang berpotensi besar untuk menjadi ‘buyer’ . dan website seperti lelong.com dan ebay sendiri mengambil masa untuk berada pada tahap sekarang. Oh, kenapalah bangsa aku ni begitu senang untuk diperbodohkan?
bukan tu je, setiap landlord akan diberi perisian bossmailer (nama mcm gempak je) .. bossmailer nih sejenis perisian yang mengumpul email-email dan kemudian menghantar pulak email kepada alamat-alamat yang telah berjaya dicollect tadi. ia mungkin mampu menghantar sehingga berpuluh-puluh ribu email. ini dinamakan e-mail marketing. teknik email marketing memang sangat bagus, tapi…..ada tapinya.. bossmailer sebenarnya adalah SPAMming tools..ya, jelas sekali ialah adalah tools untuk melakukan SPAM.. kenapa? sebab email yang dikumpul melalui perisian tersebut diambil tanpa kebenaran.. dan bila anda menghantar email kepada pemilik email yang telah diambil alamatnya secara tidak sah tadi, bermakna anda telah melakukan SPAMMING !! ini bermakna monsun biz mengajar orang orang kita, bangsa kita sendiri, untuk melakukan spamming… what the hell??? ini jelas sekali tidak beretika.. pulak tu, boleh pulak bagitau yang cara itu sah?? shit !!! jelas sekali mereka ini sanggup memperbodohkan bangsa sendiri hanya untuk kesenangan diri sendiri… bull shit !
Jadi kepada sesiapa yang terbaca akan entry aku kali ini, sila la sampaikan maklumat ini kepada orang lain.. jangan kita ditipu.. kesimpulan aku, monsun biz = SCAM & SPAMMER !
p/s : maaf, post kali ini agak sedikit beremosi… 