Assalamualaikum semua.
Agak lama jugak aku tak update blog nih. post kali ini hanya nak merujuk kepada satu cabaran SEO di wangcyber untuk keyword belajar SEO . namun aku tidaklah berniat untuk menyertai cabaran tersebut kali ini seperti cabaran yang lepas. kerana sekarang ni aku lebih tumpukan kepada blog-blog lain yang lebih banyak mendatangkan USD utk aku.. :p .
Bercerita mengenai belajar seo ni, aku mula belajar tentang teknik mendapatkan ranking yang baik dalam enjin pencari khususnya google setelah membaca sebuah e-book percuma iaitu SEO Made Easy dari Brad Callen pencipta perisian SEO Elite. Dari ebook tersebutlah keghairahan aku dalam SEO bermula. Korang boleh download ebook tersebut kat sini . Dalam nak belajar seo ni memang kene banyak sabar sebab ia memerlukan sedikit masa untuk melihat hasilnya. Aku pun masih lagi belajar bab nak optimizekan website ni dan mungkin sekarang aku dah banyak ketinggalan kot. Secara jujurnya aku sendiri dah lama dah tak membuat optimasi web. Dan dalam pada masa tersebut kemungkinan ada perubahan dalam algoritma enjin pencari terutamanya google yang mungkin aku dah terlepas pandang. Namun, aku yakin, asas utama SEO tidak akan berubah.
Seperti yang pernah aku terangkan sebelum ini, terdapat dua perkara penting dalam SEO. yang pertama ialah on-page seo dan yang kedua ialah off-page seo . On-page SEO merujuk kepada perkara-perkara yang perlu ada pada web itu sendiri seperti tajuk web, isi kandungan (content), kepekatan kata kunci (keyword density), tag dan lain-lain. Ia agak mudah untuk dilakukan dan tidak memerlukan masa yang lama. Off-page SEO pula ialah faktor-faktor luaran yang akan memberikan kesan kepada populariti web tersebut..dan ianya ialah backlink !
Untuk sesi belajar seo kali ini, aku akan cuba terangkan sikit tentang backlink. Backlink yang baik ialah backlink dengan anchor text sasaran . Dan backlink yang berkualiti pula ialah backlink dgn anchor text sasaran dari page yang mempunyai PR yang tinggi. Kenapa aku kata page? bukan web? baiklah… untuk lebih jelas sila lihat dibawah.
1) carllys.com : PR1
2) carllys.com/page1.html : PR0
3) carllys.com/page2.html : PR5 <– kalau backlink korang terletak di page ini, maka ia lebih bernilai !
Jelas?? ianya adalah kedudukan backlink di page yang mempunyai PR yang tinggi…!! so, aku harap korang faham ape yang aku cuba sampaikan. Insyaallah lain kali aku tulis lagi tentang ape yang korang perlu tau pasal seo.. sekian saja sesi belajar seo dari aku untuk kali ini… renung-renungkan dan selamat beramal… :p







