carllys
Semasa
No Comments

Ramadhan 2008

Aku memulakan minggu pertama ramadhan kali ini dengan cara yang paling tidak best sekali. Semalam, seperti biasa aku melalui jalan LDP untuk menuju ke tempat kerja.. selepas membayar toll RM1.60 di toll puchong aku terus menghimpit ke lorong paling kanan sekali. Tiba di jambatan, tiba-tiba kereta dihadapan membuat emergency break. Mujur jarak antara kereta aku dengan kereta dihadapan agak jauh, dibantu pula dengan sistem ABS (Anti-Lock Braking System) aku berjaya menghentikan kenderaan pada jarak yang selamat. Namun, sejurus selepas itu aku terdengar bunyi kereta membreak dibelakang. Belum sempat aku menoleh, BAANNG!!! Sebuah kereta Iswara warna merah telahpun melanggar belakang kereta aku… ciss…!!

Aku menghidupkan lampu kecemasan dan terus keluar kereta. Kereta iswara merah yang melanggar kereta aku dipandu oleh seorang ‘amoi’. Mula-mula aku tengok dia macam takut-takut nak turun.. selepas melihat kenderaan masing-masing, dia bersetuju untuk membuat report polis. Mujur insurans, road tax dan lesen aku baru saja dihidupkan bulan lepas.. heheheh

Aku bercadang membuat report polis pada sebelah tengah hari.. terus saja aku ke office.. sampai di office, selepas menyelesaikan urusan, aku terus ke klinik… sememangnya badan aku nie ada rasa lain macam sikit… tiba kat klinik, doktor mengesahkan aku menghidap Chickenpox! ini pastinya menjangkit dari anak aku yang dahpun pulih 2 minggu yang lepas… terus dapat MC sepanjang minggu ni..

## Ruang Iklan Untuk Di Sewa ##
carllys
black hat
27 Comments

Automatik Blog Update

Korang mungkin penah terdengar tentang “blog and leave” iaitu dimana kita buat blog, melakukan beberapa set-up dan terus tinggalkan blog tersebut..dan blog tu akan dikemaskinikan secara automatik. pernah bukan? baiklah, kebanyakkan teknik sebegini dianggap teknik ‘black-hat’ di mana kita mencipta berpuluh-puluh blog dengan niche yang berbeza, dan kemudian terus boleh lupakan ia..

walaupun tanpa promosi yang banyak, tetapi sifat blog itu sendiri yang digemari oleh search engine sedikit sebanyak mampu membawa visitor ke blog tersebut. Teknik sebegini berkesan jika dilakukan dengan membuat blog dengan niche yang sangat fokus dan dengan jumlah yang banyak (blog).. sebab itu ia dianggap black hat bagi kebanyakan IM. Dan kebanyakannya dilakukan dengan perisian khas seperti rss2b dan lain-lain lagi yang dijual dengan harga ratusan ringgit.

Namun, baru-baru ni, aku secara tak sengaja menjumpai satu cara dimana kita boleh membuat blog yang ‘auto update’ dengan tanpa kos ! ya… TANPA sebarang KOS ! tidak perlu membeli domain (hanya gunakan blogger.com) dan tidak perlu memiliki perisian khas.. (bagus kan?) namun masih mempunyai kualiti yang hampir sama dengan menggunakan perisian yang mahal.. di sebabkan masih baru, aku masih lagi cuba untuk mengemaskinikan teknik ini dan ianya masih dalam tempoh percubaan..

soalan aku untuk korang… adakah korang berminat untuk mengetahui teknik ini? dan pastinya teknik ini mempunyai nilainya (RM.. ehem..ehem) yang tersendiri.. sila komen… :P

carllys
Panduan SEO
27 Comments

Tips SEO dan Backlinks

Masih ramai lagi rupanya yang belum memahami definisi “backlinks” dan kepentingannya kepada blog/site mereka. So, kali ni aku nak cerita sikit berkenaan backlinks berdasarkan pemahaman dan pembacaan aku. Harap korang akan dapat manafaat darinya.

Apa itu “Backlinks” ?

Backlinks ialah apa-apa link dari website atau webpage lain ke site/page korang sendiri. Ia juga disebut sebagai incoming links, inbound links, inlinks atau inward links.

Sebagai contoh, katakan site korang ialah www.webkorang.com , dan web aku plak ialah www.akupunyaweb.com  . jika aku meletakkan link www.webkorang.com didalam www.akupunyaweb.com , ini bermakna web www.webkorang.com telah mendapat backlink dari www.akupunyaweb.com .

terdapat beberapa jenis backlinks. iaitu :-

1. One way backlinks (link sehala) . dimana website A —–> Website B

2. 2 way backlinks (link 2 hala). dimana   website A <—–> website B. (mereka berkongsi/bertukar link)

3. 3 Way backlinks (akan aku terangkan di lain masa)

p/s : one way backlinks adalah lebih baik dari 2 waybacklinks.

Kepentingan Backlinks kepada Site dari sudut SEO

Backlinks adalah salah satu ”kayu pengukur” atau indikasi yang digunakan oleh kebanyakan Search Engine (SE) untuk menilai populariti atau kepentingan sesebuah website atau webpage. Ini bermakna lagi banyak backlinks berkualiti yang diperolehi oleh sesebuah website itu, maka ia akan lebih mudah untuk mendapat kedudukan yang baik dalam hasil carian di SE atau SERP (Search Engine Result Page). Ini meninggikan peluang sesebuah website untuk mendapatkan pengunjung laman web yang lebih banyak dari SE.  Atau secara lebih mudah, backlinks ialah vote / undi yang diberikan oleh website lain kepada website korang . Jadi, lagi banyak undi yang korang dapat, maka lagi cerah peluang korang untuk jadik juara.. ala.. lebih kurang macam undi sms Akademi Fantasia gak la… kalau blog atau site korang dah level macam Mawi, fuh..sure boleh jadik jutawan beb! hehehe…

Sebelum membuat backlink, adalah penting untuk korang memilih atau menetapkan keyword / katakunci links tersebut. Keyword ini akan kita gunakan sebagai “Anchor Text” link. Anchor text ialah ialah teks atau perkataan yang mengandungi link yang mana apabila di klik pada text tersebut, ia akan membawa kita kepada mana-mana website yang di ingini. Contoh :-

  1. SEO Master  <– link dengan anchor text SEO Master yang akan membawa ke laman http://carllys.com
  2. Perniagaan Internet <– link dengan anchor text Perniagaan Internet yang membawa ke page http://carllys.com/perniagaan.html

Perhatikan text diatas, dimana ia adalah live link (boleh di klik) yang akan membawa korang kepada mana-mana website atau webpage. Anchor text ini penting untuk SE menentukan kedudukan website/page korang untuk sesuatu keyword. Jika korang cuba untuk mendapatkan ranking yang baik untuk kata kunci perniagaan internet, maka backlinks korang haruslah dengan anchor text perniagaan internet jugak (seperti contoh no 2 diatas).

SE seperti Google juga amat menitikberatkan kualiti sesuatu backlink. Backlinks yang berkualiti ialah :-

  1. Baclinks dari page yang mempunyai Page Rank (PR) yang tinggi.
  2. Backlinks dari pelbagai domain dan IP.
  3. Backlinks yang menggunakan keyword yang disasarkan sebagai Anchor Text
  4. Backlinks yang diperolehi dari website yang mempunyai tema atau isi kandungan yang berkaitan dengan site korang. (namun ada juga pendapat yang mengatakan tema website tidak penting..wallahualam).

Namun sebenarnya tiada siapa pun yang tahu dengan tepat bagaimana algoritma SE bekerja. Sebahagian maklumat diatas mungkin tidak betul atau kurang tepat. Diketahui bahawa SE sentiasa menaiktarafkan algoritma pencarian mereka dalam memberikan yang hasil carian terbaik kepada pengguna SE. Ini bermakna mungkin suatu hari nanti SE akan menilai perkara-perkara lain pula dalam menambahbaikkan algoritma SE mereka.

Bagaimana untuk mendapatkan Backlinks ?

Terdapat bermacam-macam cara untuk mendapatkan backlinks. Berikut adalah sebahagian teknik yang boleh korang gunakan.

  1. Membuat komen di blog orang lain (biasanya ada ruangan untuk memasukkan url website korang)
  2. Sertai mana-mana forum dan letakkan link korang pada bahagian signature.
  3. Hantar artikel yang diselitkan dengan url website ke mana-mana direktori artikel (banyak yang pecuma.. korang bleh encik google untuk carik… :p).
  4. Submit url website ke direktori (pun banyak yang percuma).
  5. Submit url ke Social bookmarking website seperti digg.com
  6. Ada myspace atau friendster? ha.. selitkan je url website korang kat situ..
  7. Ramai kawan-kawan yang ada blog? mintak diaorang selitkan url website korang (pastu blanje la diaorg minum teh..hehehe).
  8. Beli text link.
  9. Korang ada banyak blog/website? linkkan je atara satu sama lain.. (ada masa nanti aku terangkan macam mana nak linkkan dengan cara yang terbaik)
  10. Tulis artikel yang best di blog korang, dan mungkin akan ada orang yang suka dengan artikel itu akan memberikan kredit dengan meletakkan url blog korang di blog mereka.

Hah.. aku rasa cukup la kot untuk kali ini.. mungkin ada yang betul dan ada yang tak betul.. so, kalau korang ada mende lagi nak tambah, boleh la berbuat demikian di bahagian komen.. harap-harap apa yang aku tulis kali ni bagi manafaat kat korang.. kalau korang rasa entry aku kali ni best, so jangan malu-malu untuk berikan kredit kat aku dengan letakkan url post ini kat blog korang (seperti tips no 10 kat atas… hehehehe).

SELAMAT MEMBUAT BACKLINKS!