Salam Sejahtera,
Kali ini saya akan memberikan tips-tips terbaik hasil dari ujikaji saya sendiri, bagaimana hendak optimize website adsense anda supaya anda berpeluang mendapat lebih banyak klik.
1. Posisi iklan adsense
Kebiasaannya kebanyakan daripada kita suka meletakkan adsense di tempat biasa dimana iklan diletakkan. contohnya seperti di side bar dan top header. Sebenarnya kedudukan ini adalah yang paling lemah kerana kebanyakan pelawat tidak suka klik iklan dan akan mengelak iklan. Jadi, dimana tempat yg terbaik? pada saya, yang terbaik ialah pada bahagian tengah blog/website. Untuk blog, cuba letakkan iklan adsense anda pada bahagian bawah tajuk posting. atau anda juga boleh letakkan di dalam content blog. Pelawat biasanya akan terus membaca isi kandungan blog, dan ini memudahkan adsense dilihat oleh mereka.
2. Teknik Blending
Blend adsense anda supaya sama dengan tema blog anda. Untuk lebih memudahkan, pilihlah template blog yang mempunyai ‘plain colour’ . Jika tema background blog anda adalah putih, maka gunakan warna putih sebagai background adsense anda. Jika tema ‘title’ dalam blog anda adalah biru gelap, maka gunakanlah warna yang sama untuk title adsense anda. ini akan membuatkan adsense ada seolah-olah sebahagian dari content blog.
3. Format Adsense
Gunakan hanya “adsense for content” > “text ads only” . Elakkan format horizontal (Leaderboard, banner & half banner) dan veritcal (Skyscraper, wide skyscraper & vertical banner) . Hanya gunakan Square format, yang paling berkesan ialah large rectangle . Tidak perlu banyak ads, 2 blok sudah mencukupi (walaupun TOS andsense membenarkan maximum 3 blok). Ini untuk mengelakkan terlalu banyak iklan, dan mungkin banyak pula iklan-iklan yang murah.
4. Template Blog/website.
Blog/website anda seharusnya kelihatan menarik. Pilihlah template yang kemas, tidak terlalu simple dan tidak pula terlalu padat. Blog anda seharusnya mempunyai gambar atau imej yang menarik perhatian. Ini kerana secara lumrahnya mata lebih mudah melihat kepada gambar berbanding perkataan.
p/s : saya menggunakan kesemua teknik diatas untuk setiap blog/website adsense saya dan setakat ini memberikan hasil yang sangat mengghairahkan memberansangkan . Sebaiknya cubalah mengimplementasikan teknik-teknik diatas secara lebih kreatif sehingga anda berjaya mendapatkan hasil yang terbaik.
renung renungkan dan selamat ber’adsense’
yup. saya setuju dengan carllys mengenai jumlah adsense yang perlu digunakan. Malah letak satu large rectangle pun dah cukup. Sekaligus memberikan iklan yang lebih targeted.
Great article. ![]()
Sebahagian teknik di atas dah saya amalkan sebelum ini. Cuma saya nak tahu carllys buat blog pakai blogspot atau pun berbayar? Saya nak wat survey skit ![]()
Thanks,carllys..sbb kongsi eksperimen ni. Sya akan mengikuti perkembangan dari masa kesemasa.
Saya tengok, page rank website ni masih kosong lagi.. Tp saya rasa ia menarik perhatian saya.
sebenarnya sebelum ni page rank blog ni ialah PR5! ye, PR5.. bukan mudah mencapai PR 5. dah banyak saya lakukan. tapi sejak saya tumpukan kepada adsense, PR blog ini makin lama makin jatuh. hinggalah sekarang terus PR0.
sebenarnya saya agak malas nak menaikkan PR blog ini walaupun sebenarnya saya dah tau teknik2 nya.. buat masa sekarang ni saya lebih tumpukan kepada blog2 lain yg lebih profitable dulu :p
Saya nak tahu maam mana nak wat template adsense bawah tajuk. Saya try x boleh2
uzair, maksud kamu nak letakkan code adsense dibawah tajuk kan? bab nie kene banyak main dengan coding.. kalau wordpress senang, sebab dia html, bleh try and error.. tapi kalau guna blogspot yang guna template xml, kene carik online xml to html converter dulu.
Comments RSS TrackBack Identifier URI
Leave a comment




13 Comments