Akhir-akhir ini ramai kawan-kawan yang bertanyakan pada saya tentang program google adsense. Kebanyakkannya tidak tahu langsung bagaimana program ini berjalan. Oleh itu disini saya akan terangkan serba sedikit mengenai google adsense secara asas.
Google adsense ialah suatu program dimana ia membolehkan kita menjual ruang pengiklanan untuk mempromosikan iklan orang lain pada website/blog kita. Ia juga dipanggil PPC program atau Pay Per Click Program. Kita akan dibayar atas setiap iklan yang di klik. Untuk menyertai program tiada bayaran atau deposit diperlukan (percuma). Dari mana datangnya duit yang kita perolehi dari program google adsense ini? lihat dibawah :-
Google Adwords —> Google —–> Google Adsense
Google Adwords adalah satu program untuk sesiapa sahaja yang ingin mempromosikan laman web mereka (advertiser) . Advertiser perlu membayar kepada google untuk setiap klik pada iklan mereka. Dan google pula akan membayar sebahagian dari duit tersebut kepada publisher (adsense user). Nah, nampak tak dimana sumber duit tersebut?
Google adsense tidak dibenarkan pada mana-mana website/blog yang berunsurkan porno / lucah dan juga perjudian. Kita juga tidak boleh dengan apa cara sekali pun menyuruh atau mendorong pelawat meng’klik’ pada iklan adsense. Biarkan pelawat yang memasuki laman anda meng’klik’ iklan adsense anda secara natural, yakni, hanya mereka yang berminat dengan iklan tersebut sahaja yang akan klik. Jangan sekali-kali mencuba secara sengaja atau tidak klik ke iklan anda sendiri kerana perbuatan seperti ini berpotensi besar untuk akaun anda dibanned selama-lamanya dari adsense. Jika akaun telah dibanned, peluang untuk mendapatkan semula akaun tersebut amatlah tipis. Oleh itu, sayangilah akaun adsense anda .
Sebagai pemangkin untuk sesiapa yang ingin mencuba google adsense, disini saya tunjukkan screenshot pendapatan saya dalam sehari bertarikh 3 March 08.

Selamat Ber’Adsense’
Boleh sy tau….dari blog mana u dapat buat duit ngan adsense?
Banyak tu Bro..mengatasi rekod aku ![]()
Pakai teknik marketing apa yer?
Klu hari2 dapat mcm ni..boleh tumpu kat adsense jer la. Tak gaduh gi keja mcm robot.
Bro.. buka berapa akaun nak dapat 100+ satu hari ni?
Comments RSS TrackBack Identifier URI
Leave a comment





6 Comments