untuk kesekian kalinya aku kerap ditanya dengan pelbagai soalan-soalan basic yang mana jawapannya boleh didapati bersepah-sepah didalam internet dalam pelbagai versi dengan hanya satu klik… tapi masih ada yang tidak mahu melakukannya.. antara contoh soalan

1) “google adsense nie ape ek?”

2) “camner nak buat duit dari internet?”

3) “boleh caya ke adsense ni?”

dan macam-macam lagi… bila disuruh membuat research sendiri untuk mendapatkan sedikit basic, jawapan yang diberi pula seperti

1) “ala.. malas la..saya tanya awak je la..”

2) “saya tak tau nak search ape”

3) “kedekut ilmu la tu…”

so, pada pendapat korang.. perlukah aku melayan semua soalan-soalan ni? perlukan kita manjakan orang-orang kita dengan menyuap-nyuapkan ke mulut mereka dengan apa saja hidangan yang mereka mahu?

pada aku, aku hanya akan melayan jika dan hanya jika aku dibayar untuk setiap soalan yang mereka utarakan.. setuju? kenapa aku perlu bazirkan masa aku hanya untuk menjawab soalan yang jawapannya boleh didapati dengan mudah di google atau yahoo? tapi dalam masa yang sama mereka mengadu kesesakan wang dan terlalu ingin mencari punca pendapatan sampingan. kalau kau terlalu malas, macam mana aku nak tolong kau?

aku bukan sombong, bukan kedekut ilmu.. tapi mentaliti sebegini harus diubah.. ramai orang kita hanya mencari jalan pintas dan mudah untuk mendapatkan duit yang banyak, walhal..realitinya..tidak ada jalan pintas yang mudah.. jika ada jalan pintas, mungkin ianya berisiko tinggi.. jika ada cara mudah mungkin ianya memerlukan masa yang panjang dan memerlukan kesabaran.. percayalah, kalau korang malas, sampai bila-bila pun akan berada di takuk yang sama…

aku bukanlah ‘otai’ ataupun ‘master’ sangat dalam bidang perniagaan internet ataupun membuat duit dari internet. tapi aku mampu membuat sedikit ‘RM’ mahupun ‘USD’ secara online. ya, aku sendiri juga bertanya pada mereka yang lebih bijak dari aku.. tapi sebelum itu aku telahpun membuat penyelidikan aku sendiri. sekiranya hasil carian aku masih kabur dan gagal menemui jawapan yang tepat, maka aku akan bertanya pada mereka yang sepatutnya.. dan aku juga tidak kedekut mengeluarkan sedikit belanja hanya untuk secebis ilmu…

p/s : posting kali ini tidak ditujukan kepada sesiapa… jika korang terasa….err… lantak korang lah ! ahahahaha 


8 Comments

By catzer on May 30, 2008

ramai sgt yg nak jln pintas dgn memanjat kepala kita skang ni carllys diaorg ingat kita ni ada masa ke nak layan soalan pemalas mcm diaorg tu..ada yg perasan bagus plak tu..pergi mam*** lah..akakaka

By carllys on May 31, 2008

catzer, tu lah pasal.. fenin beb.. masalahnya diaorg ni tak nak berusaha sekelumit pun.. so, mcm mana nak berjaya? bertanya tu bukan la masalah, tapi berusaha tuh lagi penting..

By abdfatah on June 12, 2008

uhuuuu malasnya nak jawab soalan… malasnyaaaaaaaaa… hehehehe…

kalo malas. duit usd pun dah tentu malas nak dekat… oh duit malasnya nak cari duit?

aik nak cari duit usd pun malas? apo kes?

By Jana Wang rapid on June 20, 2008

carllys |Mesti ko ada beratus blog dan ko bukan orang yang malas

By Shueqry on June 29, 2008

erm, saya setuju ngan post ni.

-Shueqry-

By titan on July 23, 2008

bila orang malas, aku lagi malas nak cite dengan diorang..

By Zahrul on August 8, 2008

Ko tahu tak kenapa ramai orang malas sekarang ni…? malaslah aku nak cite… heheh…

By MuaX on August 27, 2008

Ko cakap lah kat diorang camni “Ko ni malas lah, itu ini tak mau berusaha, baik ko pergi dapur rumah ko , telan racun tikus 10 kilo!”

ataupun

“Ko nih mampos lagi baik, hidup penyegan mati tak mau!, dah tu susahkan orang!”

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a comment