banned 

Damn !! hari ini account adsense aku telah di banned/disabled oleh google.. !! ini email dari google..

While going through our records recently, we found that your AdSense
account has posed a significant risk to our AdWords advertisers. Since
keeping your account in our publisher network may financially damage
our advertisers in the future, we’ve decided to disable your account.

Please understand that we consider this a necessary step to protect the
interests of both our advertisers and our other AdSense publishers. We
realize the inconvenience this may cause you, and we thank you in
advance for your understanding and cooperation.

ini merupakan email yang paling digeruni oleh adsense user kerana peratusan untuk mendapatkan semula account sangat-sangat tipis… dan kali ini ia berlaku pada aku.. account ini aku dah guna selama setahun setengah. Apa yang paling aku tension sekali ialah payment bulan lepas baru je realeased malam tadi.. tak sempat aku nak copy western union punya MTCN number.. maknanya semua $USD aku tuh HANGUSSSSS !!! DAMNNN!!

Jumlah kerugian aku anggarkan mencecah RM6K ++ .. sayang bukan? tapi itulah hakikat yang aku kene terima. Ini antara risiko yang terpaksa dihadapai… walaupun aku rasa aku dah follow semua TOS yang diberikan, tapi kalau nak kene..kene jugak.. dalam masa yang sama aku bersyukur sebab kebanyakan hutang hutang aku dah langsai..juga dari hasil adsense.. dan nasib baik juga bulan ini aku tak boros sangat. Dan hajat aku untuk memiliki notebook Sony Vaio TZ terpaksa ditangguhkan. Nampaknya aku terpaksa bermula dari zero sekali lagi… huhuhuhuh… mood aku sedikit down hari ini.. tapi dalam masa yang sama tetap bersemangat untuk ber’adsense’ lagi.. serik dengan adsense? pada aku tidak. aku yakin aku boleh capai ape yang pernah aku dapat sebelum ini. Dan sebenarnya ia telah pun bermula.. wish me luck!

Jadi kepada kawan-kawan yang lain.. sayangilah account adsense korang.. jagalah ia sebaik mungkin..kalau tidak..kau akan menyesal..(macam iklan plaks..).


41 Comments

By curutMaCho on June 26, 2008

Assalamulaikum frend …bawa banyak bersabar…. ini mungkin Dugaan dari Allah …
yang pasti Usha….Pasti BOLEH frend…..Aku doakan semoga berjaya ….

lis aku ikut lakang yo …kekekek :p
All the best !!!!

By taukey on June 26, 2008

halo bro, selamat berkenalan.

Ketat juga adsense punya rule. dah ikut TOS pun kena banned? bahaya jugak la kan begini.

Ada tak gitau apa yang silap atau macam mana ke ataupun terdapat fraud click agak nyer kan?

By BAGAK on June 26, 2008

semoga cekal dan usaha lagi

usaha tangga kejayaan

By hanep on June 28, 2008

bro… sayer sudah kene 3 kali udah… da lali dah. padahal bukan klik sdiri pun.huhuhu

By carllys on June 29, 2008

takder rezeki aku kot…huhuhu.. kene mula balik.. (dah bermula pun)

By nuwa on June 29, 2008

huh..takut juga kena mcm nie..dh ler aku org baru..huhu..anyway, ni cabaran utk ko bro! selamat berjaya semula!

By Seekers on June 29, 2008

Salam Kenalan..
emm, mmg dugaan mcm ni, 6K tu mmg rugilah, bukan senang nak dapat..
Ku doakan ko berjaya..
usaha lagi..
p/s: kongsi2 skit ilmu tu..ekeke

By carllys on June 30, 2008

seekers, salam perkenalan.
kalau nak cerita rugi, memang la rugi.. tapi nak buat macam mana kan? terima je la hakikat. yang penting bila kita dah ada skill, kita boleh buat semula..

By Seekers on June 30, 2008

ye juga tu..
emm, tp sudi2kan la kongsi2kan skill kamu tu..huhu
one day blh dapat usd 100 lbh tu..
mcm ne buat tu??huhu

By ilhamputra on July 5, 2008

ape yg sy perlu wat untuyk mendapatkan akaun google adsense kalau dah dibanned.boleh cerita tak cara yg senang dapat akaun balik.sy sgt memerlukan sekarang ni

By carllys on July 8, 2008

ilhamputra, dalam email yang dihantar google tu ada sekali link untuk request kepada google supaya menyemak semula account adsense kita. anda boleh cuba. saya pun dah hantar tapi sampai sekarang belum ada feedback lagi. nasihat saya, jangan buang masa, apply je account baru.

By inspiration on July 20, 2008

carllys- Register semula nama anda, tapi guna alamat yang jauh sikit dari alamat yang dulu. Contohnya kalau dulu guna alamat KL, kalau ada saudara kat sarawak, sabah boleh guna alamat mereka, yang penting # pin je, lepas dapat pin tu, alamat tu dah tak penting lagi, melainkan kalau terima check. Saya dah dekat 6 akaun dah kena banned :)

By carllys on July 20, 2008

inspiration, tu la yang saya buat.. guna alamat kampung.. hopefully bole tahan lama la..huhuhu… fuh, 6 account eh? saya 3 account kene banned.. tapi takpe.. yang penting boleh buat lagi.. :p

By cell phone faceplates on July 21, 2008

takziah kawan..
sebenarnya aku jadikan bukti pndpatan ko yg $100 shr tu sbg inspirasi… tkejut gak jd mcm ni… x cuba ke email kt google mintak dpt blik yg 6k tu..
bole ke kongsi apa yg mnyebabkan adsense banned.. apa2 teknik yg tak kena?
hrap dpt bangkit semula… gd luck..

By saya on July 22, 2008

Salam.. bro bole bagitau agak2 apa sebab ke ban ni..

By carllys on July 22, 2008

mungkin disebabkan oleh ‘fraud click’ yang dilakukan oleh visitor sama ada secara sengaja atau tidak.

By malaysia_adsenser on July 23, 2008

Ada kemungkinan Google dah semakin bijak, bila dia tgk byk sangat visitor dari direct trafik (selalunya bila URL embed dalam video), atau bahasa yang mudah lagi, ratio search engine+PPC kepada direct trafik rendah sangat, dia akan flagkan akaun tuh sebagai mungkin terlibat dalam aktiviti yang tak natural dari pandangan Google. Kalau saya adalah Google, banyak anggapan yang mungkin boleh ditimbulkan dari ratio sebegini.

1. Trafik datang bukanlah trafik terpilih, besar kemungkinan trafik datang sebab tertipu dengan nama URL @ deskripsi video. Google tak suka benda-benda begini

2. Selalunya website-website pengamal video marketing adalah statik walaupun dibuat atas wordpress. Tiada content baru ditambah. Jarang saya lihat blog2 mesothelioma yang ada lebih 20 posts dan terus berkembang. Dalam istilah yang lebih mudah bagi Google ini adalah spam blog, biarpun design blog adalah premium + professional.

Cadangan

Cuba bahagikan pendapatan anda kepada beberapa akaun. Kalau saudara dapat $2000/bulan, bahagikan kepada 4 @ 5 akaun.

1. Lebih selamat. Satu kena ban, ada 3 @ 4
2. Google mungkin terlepas pandang akaun yang berpendapatan kecil dan takkan red flag.

p/s: mungkin kita patut buang momokkan fraud click. Masukkan elemen2 lain yang mungkin menyebabkan akaun Adsense diban. Paling senang letakkan diri anda sekalian dipihak Google+advertiser dan apakah benda yang paling dibenci oleh mereka

Sekadar pendapat picisan dari saya.

By titan on July 23, 2008

huhu..bape banyak dah korang kene banned haa??

aku musykil nih. kalau nk wat akaun adsense baru, kita guna nama sama, alamat kene lain kan? pastu, leh ker kita tukar alamat yg kita pakai tu ke alamat rumah yg dulu?

By carllys on July 24, 2008

to malaysia_adsenser, saya ada 2 account masa tuh.. satu account memang aktif.. dan satu account lagi kurang aktif..cuma ada dalam $10++ je dalam account tuh.. tapi kedua2 account nih dibanned dalam masa yang sama. walhal, account yg #2 nih memang betul2 clean.. takder blackhat or grayhat langsung..memang pelik sebab account tuh pun saya dah lama tak login.. tu yang susah nak tau ape masalah sebenar tuh..

to titan, nak buat account baru senang je.. guna nama yang sama,sebijik dalam IC, tapi alamat tuh guna la alamat lain.. sebab dalam dunia nih memang ramai org yg ada nama sama kan?

By ahib0205 on July 24, 2008

bro, ni mesti guna computer yang sama untuk dua2 akaun tu kan? :P Tp orait la jadi skrg. So pasni pasti lbh cemerlang. Inya Allah :)

er…bro cuba apply je guna butiran sama je boleh rasanya. Tp plz change your computer utk cek akaun google adsense! ala cek sekali sekala kat opis sudah. hehehe…

By Norhafidz on July 28, 2008

wah..aku sangat takut dengan email-email yang macam ni..takpe carllys..insya’Allah byk lagi rezeki kat luar nun

By Din Beramboi on July 28, 2008

Hoho..6K? banyak tu bro…takpe2, ini dugaan. Mungkin lepas ni dpt dua kali ganda kot..mana tau. hehe..good lark. :D

By dynn on July 31, 2008

Sabar jer lah…anggap tak de rezeki.Ada hikmat disebaliknya tuh.

By zaidi on August 2, 2008

kene ban? memang tensen giler…
saya pun pernah kene ban gak dulu, then saya apply balik pakai email dan alamat rumah yg berbeza, pun guna pc yg berbeza. google approve, syukur la

By titan on August 5, 2008

oh. ok. kalau alamat lain, masa nak cash melalui western union. Takpe ke alamat kat IC tak sama dengan alamat yang baru kita pakai tu?

kalau nama tu kita tak letak bin takpe ker?

By carllys on August 5, 2008

titan, alamat lain takder masalah.. yang penting masa isi borang WU tuh letak la address yang kita register tuh.. pasal bin or binti plak, ini ikut pegawai bank.. ada yang strict ada yang tak.. nasib la.. heheheh

By mat tepet on August 18, 2008

Sampai 2 akaun adsense?

orang cam ko nih lah akan merosakkan peluang orang lain. Nanti 1 malaysia kene ban sebab orang2 tamak cam ko!.

Mulai hari ini, aku dah hilang respek kat ko.. ingatkan jujur sangat!

By carllys on August 18, 2008

mat tepet.. ape masalahnya ada 2 account? ape plak merosakkan peluang orang lain?? ko ingat account adsense tuh ada kuota ke? lain kali cakap tuh guna otak la sikit.. satu account aku tuh pun aku register atas nama bini aku. so whats the problem? ko tuh cakap pakai kepala lutut mcm tu la..huhuhu

By mat tepet on August 19, 2008

so lepas nih ko bukak lagi 3 lah.
1 - nama pakcik ko
2 - makcik ko.
3 - bapak mentua ko.

so tuh pun tak salah?

By mat tepet on August 19, 2008

guna nama jiran ko sekali lah kalau gitu.. semua jiran 1 lorong.

By mat tepet on August 19, 2008

Jangan ingat sebab ko dah berjaya buat duit banyak ngan adsense nih menyebabkan semua orang patut setuju ko hebat sangat. Atau semua bende ko buat betul. Memang masalah orang cam korang nih dapat duit banyak terus jadi besar kepala dan ingat semua yang korang buat betul.

By carllys on August 19, 2008

kalau aku nak bukak sampai beratus2 account pun ape ko kisah? tapi sebelum tuh aku nak tanya ko, ape masalah kalau aku ada account banyak? ade aku kacau ko punya rezeki? kalau account google adsense ko tuh tak approved, bukan sebab orang lain ada banyak account. itu sebab ko tak apply dengan cara yang betul. google memang takde quota untuk sesapa yg nak apply for adsense. selagi website yang ko buat tuh mengikut TOS adsense, insyaallah akan approved.

aku tak kata aku hebat, dan tak pulak aku mengaku aku hebat. tapi aku sanggup berkongsi cara dan teknik aku kat sini dengan orang lain..

dan yang penting, aku tak pulak menyalahkan orang lain kalau aku sendiri tak cukup bagus.. renung-renungkan dan selamat beramal… :p

By zal84 on August 19, 2008

a’kum..bro carllys,blh ajar tak mcm mna nak dpt income lebih from adsense ni?

By zal84 on August 19, 2008

and,aku nak tnye..mcm mna nak dptkan lebih ramai visitor ke website kita?plz help me..saya masih baru dlm bidang adsense ni..

By carllys on August 19, 2008

zal84, salah satu cara nak tarik visitor adalah dengan SEO. saya ada kongsi tips seo dalam blog ni..

By zal84 on August 20, 2008

a’kum..bro,jika saya gna autosurf utk mempromote website saya,adakah google akan banned my account?

By carllys on August 20, 2008

zal84, saya cadangkan supaya elakkan autosurf. pada saya autosurf bukanlah medium yang baik untuk mempromosikan website.

By Ruvist on August 21, 2008

hi carllys.Aku pun pernah kena ban sampai dua kali .tapi aku tak putus asa apply lagi dengan mengunakan email baru.kalau mengunakan email dengan website yang sama memang tak dapat.jangan putusa asa selagi google adsense masih ada.sukses

By kmzseo on August 22, 2008

Aku pun nanti akan kena banned dgn google adsense. nak tau kenapa?

Sebab aku banyak buat blog untuk adsense lepas tuh aku dah lupa banyak maner..

lagipun tos baru adsense kena ada page utk privacy polisi betul tak? Cam ne aku nak letak page tuh sebab aku sendiri dah lupa banyak maner blog aku yang ada iklan adsense

Tunggu masa aje sekarang pun earning tkderlah banyak. dah setahun baru 26 usd. Saje je aku luahkan isi minda aku kat sini.

Sebagai peringatan ” jangan lupa, jangan banyak makan semut “

By nazran on August 29, 2008

akaun aku pun kena ban ..tak tau apasal…la ni aku try affiliate tempatan ok jugak..

By joerzoe on October 30, 2008

Sediakan payung sebelum hujan.Aku dah ada 4 akaun spare sebelum akaun google adsense aku ni kene banned,hehe

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a comment