Setelah sebulan lebih aku menyertai ZangoCash, hari ini aku terima pembayaran pertama dari ZangoCash. Sebenarnya aku tak tumpukan banyak sangat pun kat ZangoCash ni.. aku cuma gunakan blog lama aku yang telah pun di banned dari adsense. kebetulan ada la trafik sikit dari blog tuh.. so aku pun cuba la dengan program ZangoCash ni.. nie aku tunjukkan korang screenshot payment dari encik ZangoCash nih.. tak banyak sangat..ciput je.. tapi bole la utk mengisi account paypal aku yang hampir kehausan nih.. hehehe

ZangoCash ialah program pay per install.. ia berbeza dari adsense (pay per click) . ZangoCash akan membayar anda setiap kali seseorang mendownload ZangoCash toolbar dari link korang. korang hanya akan menerima pembayaran jika dan hanya jika toolbar tersebut di muat turun oleh mereka dari negara-negara tertentu sahaja.. dan rate perinstall berbeza mengikut negara dan mengikut jumlah install sebulan.. tengok table kat bawah :-

untuk menyertai ZangoCash, korang kene ada domain sendiri.. dan mestilan dari domain utama.. subdomain tidak diterima.. ZangoCash amat gemarkan website yang berkaitan dengan hiburan seperti berkaitan video, games, software dan lain-lain. Jadi pastikan blog korang dalam niche entertainment untuk memudahkan korang diterima dalam program ini.
berminat? so, apalagassss… join ZangoCash sekarang!